KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR) Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin mendakwa Sepanjang tempoh reman selama tujuh hari, saya ingin menjelaskan bahawa hanya satu hari sahaja saya disoal siasat berkaitan isu YBR.
“Sepanjang tempoh reman selama tujuh hari, saya ingin menjelaskan bahawa hanya satu hari sahaja saya disoal siasat berkaitan isu YBR. Selebihnya, saya mendakwa terdapat pelbagai soalan berkaitan politik yang pada pandangan saya tidak mempunyai kaitan dengan alasan utama saya ditahan dan disoal siasat berhubung dakwaan penyelewengan RM10 juta dana YBR.
“Saya juga ingin menegaskan bahawa penyitaan kereta dan motosikal saya tidak mempunyai kaitan dengan alasan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan RM10 juta milik YBR tersebut.
“Keadaan ini menimbulkan persoalan kepada saya sama ada pihak SPRM sedang cuba mencari alasan atau asas lain untuk membolehkan saya didakwa di mahkamah,” dakwanya pada sidang media pada Khamis.
Sementara itu, Nazir Hussin memaklumkan, sebelum meninggalkan bangunan SPRM, beliau telah diarahkan untuk tidak membuat sebarang kenyataan di mana-mana platform sama ada atas talian atau sebagainya.
“Sehubungan itu, saya kini sedang mendapatkan pandangan serta nasihat guaman berhubung tindakan selanjutnya, termasuk kemungkinan mengambil tindakan sivil dan apa-apa tindakan undang-undang yang bersesuaian terhadap pihak SPRM.
“Saya juga dengan rendah diri merayu kepada Yang Arif Tan Sri Peguam Negara agar melihat perkara ini secara adil dan menyeluruh supaya saya tidak dijadikan kambing hitam atau alat untuk memenuhi kepentingan mana-mana pihak tertentu.
“Saya percaya masyarakat berhak mengetahui fakta sebenar dan saya bersedia memberikan kerjasama kepada mana-mana proses undang-undang yang sah. Apa yang saya tuntut hanyalah keadilan, ketelusan dan proses yang adil,” katanya.



