GSC, TGV teruja buka semula pawagam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dua operator pawagam terbesar di Malaysia, Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas berterima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan premis hiburan itu beroperasi mulai lusa.

Selepas setahun pawagam ditutup akibat pandemik COVID-19, keputusan kerajaan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) di bawah Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi industri kreatif, menyuntik semangat pengendali panggung wayang merancakkan perniagaan.

Pengurus Penjenamaan dan Perhubungan Awam GSC, Sharmine Ishak, berkata GSC teruja membuka panggung wayang kepada penggemar filem.

“Kami amat berterima kasih dengan keputusan kerajaan. Kami sudah tidak sabar membuka kembali pawagam GSC untuk pelanggan yang sudah lengkap dua dos vaksin COVID-19.

“Kami mengalu-alukan semua peminat filem kembali ke pawagam. Kami akan membuat pengumuman mengenai pembukaan semula premis melalui platform media sosial rasmi GSC.

 

Sharmine mahu peminat filem mendapatkan maklumat terkini mengena slot tayangan dan peraturan SOP yang dikongsi di platform media sosial GSC sebelum pembukaan pawagam, lusa.
Sharmine mahu peminat filem mendapatkan maklumat terkini mengena slot tayangan dan peraturan SOP yang dikongsi di platform media sosial GSC sebelum pembukaan pawagam, lusa.

 

“Nantikan maklumat terkini kami berhubung filem terbaharu yang akan ditayangkan selain peringatan SOP yang ditetapkan,” katanya kepada BH Online.

Mengikut pengumuman kerajaan, aktiviti panggung wayang kepada individu yang sudah lengkap vaksin COVID-19 dengan kapasiti 50 peratus dewan tayangan pawagam dibenarkan, berkuat kuasa lusa.

Sementara itu, TGV Cinemas melalui kenyataan mengalu-alukan kunjungan ‘kaki wayang’ untuk kembali berhibur di premis mereka.

“Keputusan yang dibuat berdasarkan perbincangan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 dan semestinya atas pertimbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menceriakan kami.

“Pastinya kami akan mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan. Pada masa sama, penonton filem juga sama-sama menjaga SOP.

“Pastikan anda lengkap dua dos vaksin COVID-19 selepas tempoh 14 hari dari tarikh suntikan kedua seperti syarat yang ditetapkan untuk memasuki pawagam,” katanya.

 

 

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat