iPhone 13 mungkin dilancarkan pada 15 September ini

- Advertisement -

California: Apple dijangka akan mengumumkan generasi baharu iPhone pada 15 September ini menerusi satu majlis khas dengan tema ‘California Streaming’.

Majlis khas berkenaan akan diadakan di Dewan Steve Jobs, Apple Park, Cupertino, California, Amerika Syarikat (AS).

Biarpun masih belum jelas berhubung apakah peranti yang akan dilancarkan, namun mengikut garis masa tradisi sebelum ini, bulan September adalah pengenalan kepada iPhone generasi baharu.

Biarpun pada tahun lalu, iPhone diperkenalkan pada Oktober berikutan situasi pandemik Covid-19, namun kali ini garis masa berkenaan akan kembali kepada tradisi biasa.

Apple dijangka akan memperkenalkan variasi iPhone 13 bersama-sama Apple Watch Siri 7 dan kemungkinan generasi baru Airpods 3.

Wujud juga khabar angin MacBook Pro dan generasi baru iPad turut menanti masa untuk diperkenalkan namun dijangka Apple tidak akan mengumumkan serentah untuk semua peranti mega mereka.

Untuk model iPhone 13, Apple mungkin akan melancarkan iPhone 13 Mini dengan saiz skrin 5.4 inci, iPhone 13 serta iPhone 13 Pro yang turut menggunakan skrin 6.1 inci.

Selain itu, iPhone Pro Max akan menggunakan skrin bersaiz 6.7 inci dan rekaan untuk peranti baharu itu dijangka hampir sama dengan pengecilan takut di bahagian atas termasuk penggunaan sensor kamera generasi baru.

Apple iPhone 13 itu juga mungkin akan menggunakan cip A15 dengan padanan teknologi 5G yang lebih pantas.

Untuk versi iPhone Pro, Apple dijangka akan memperkenalkan skrin dengan 120Hz bersama teknologi ProMotion.

Bagi Apple Watch Siri 7 pula, Apple akan menggunakan rekaan lebih geometri termasuk rekaan nipis bersama-sama beberapa padanan teknologi baharu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat