Caprice kembali ke tanah air, dikawal polis?

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Beberapa jam selepas memuat naik video di Instagram dia selamat tiba di tanah air dan dibawa menaik van putih yang tertera logo Polis Diraja Malaysia (PDRM), penyanyi rap kontroversi, Caprice, 33, kemudian bertindak memadam video itu.

Hantaran video itu memperlihatkan Caprice yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi diberi semburan nyah kuman oleh petugas kesihatan yang lengkap dengan sut pelindung peribadi (PPE) sebelum dia menaiki van putih dipercayai milik PDRM.

“Back in KL! TQ pihak-pihak yang bantu Caprice tadi. Alhamdulillah. It feels good to be back home,” tulisnya di Instagram.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli sebelum itu berada di Mesir lebih dua bulan atas nama misi kemanusiaan.

Caprice meninggalkan Malaysia untuk misi ke Gaza, Palestin pada 23 Jun lalu.

Bagaimanapun, dia tidak mendapat kebenaran memasuki Gaza daripada kerajaan Mesir dan kemudian meneruskan misinya dari Jordan.

Kontroversi mula tercetus membabitkan dia dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew apabila dia ingin mendedahkan sesuatu mengenai kehadiran Ebit bersama pasukannya di Gaza.

Dia turut memaklumkan akan membuat pendedahan pada 21 Julai lalu tetapi dibatalkan atas alasan susulan laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Caprice turut meminta maaf kepada pemimpin dan seluruh rakyat Malaysia di atas segala kesilapannya dan mengakui dia terlalu beremosi dalam usaha menjalankan misi bantuan ke Gaza.

Caprice turut mendedahkan dia mempunyai perancangan bersama Ebit untuk melepasi sempadan Gaza, bersama-sama. Namun, ia tidak dapat dilakukan kerana campur tangan pihak lain.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat