Pembangkang dominasi Parlimen dengan 143, kerajaan cuma 77 kerusi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kedudukan terkini kerusi Parlimen selepas UMNO isytihar tarik balik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Institut Darul Ehsan (IDE) menerbitkan carta jumlah kerusi milik blok pembangkang dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pembangkang kini mendominasi di Parlimen dengan majoriti 143 kerusi manakala blok kerajaan cuma memiliki 77 kerusi.

Jumlah 143 kerusi yang memihak kepada blok pembangkang kini dibarisi UMNO dengan 38 kerusi, PKR sebanyak 36 kerusi, DAP miliki 42 kerusi, Amanah dengan 11 kerusi, Warisan 8 kerusi, Bebas terdiri daripada Pejuang dan Muda sebanyak 5 kerusi, Parti Sarawak Bersatu (PSB) iaitu Parlimen Sri Aman dan Selangau sebanyak 2 kerusi dan UPKO di Parlimen Tuaran dengan 1 kerusi.

Manakala di blok kerajaan pula 77 kerusi Parlimen milik mereka kini iaitu 32 milik Bersatu, PAS sebanyak 18 kerusi, STAR (Parlimen Keningau) dengan 1 kerusi.

Kerusi Bebas mesra kerajan pula ada tiga iaitu di Parlimen Lubuk Antu, Kuala Langat dan Tebrau.

MIC pula ada 1 kerusi, PBRS juga 1 kerusi di Parlimen Pensiangan, PBS di Kota Marudu juga 1 kerusi manakala MCA miliki 2 kerusi Parlimen.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) miliki 18 kerusi Parlimen.

Hal demikian secara teknikalnya kerajaan PN telah tergelincir dan keabsahan Perdana Menteri pula tergugat kerana hilang majoriti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat