Majoriti MP UMNO setuju keputusan parti tarik balik sokongan kepada PM, kerajaan PN tumbang – Isham Jalil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majoriti atau lebih dua pertiga ahli Majlis Tertinggi UMNO telah bersetuju untuk menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin,” kata Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil.

Ujar beliau, keputusan dibuat oleh Majlis Tertinggi (MT) dan Presiden UMNO ini tepat dan selari dengan hasrat akar umbi UMNO yang mahukan perubahan ke atas dasar-dasar kerajaan yang kini terbukti gagal untuk memperjuangkan nasib rakyat.

“Saya juga dimaklumkan bahawa ahli-ahli Parlimen UMNO akan kekal bersama UMNO dan akur dengan keputusan Majlis Tertinggi ini,” jelas Isham di Facebook, hari ini.

Malah katanya, dasar-dasar yang gagal tersebut telah meletakkan rakyat dalam keadaan yang lebih sukar.

“UMNO akan terus memperjuangkan rakyat, dan perubahan sokongan ini adalah supaya dasar-dasar kerajaan boleh diubah kepada yang lebih baik untuk rakyat,” katanya.

Kata Isham lagi, dalam Perlembagaan tidak ada istilah kerajaan parti seperti kerajaan PN dan sebagainya, yang ada adalah kerajaan yang dibentuk oleh Perdana Menteri atau kerajaan Perdana Menteri.

“Oleh itu tarik diri dari sokong Perdana Menteri bermakna tarik diri dari sokong kerajaannya.

“Apabila Perdana Menteri tidak lagi dapat sokongan majoriti dan jatuh, maka kerajaan yang dipimpinnya juga jatuh dan perlu bertukar.

“Sebab itu apabila Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan PM-7 dahulu, seluruh Kabinet dan menteri-menterinya juga gugur, dan sama juga apabila Datuk Seri Faizal Azumu meletak jawatan di Perak baru-baru ini, seluruh Exco-exco kerajaan negeri juga gugur dan diganti oleh kerajaan yang baru.

“Menteri-menteri baru adalah dilantik oleh Perdana Menteri yang baru untuk membentuk kerajaan yang baru,” kata Isham.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat