Kos Tambahan Cegah Covid-19 Kedai Gunting Rambut Jangan Bebankan Pengguna

Johor Dan Sabah Boleh Jatuh – Naib Presiden PPBM

KUALA LUMPUR: Kemelut politik Menteri Besar yang berlaku di Perak ketika ini kemungkinan juga boleh mengheret ke kancah sama di beberapa negeri lain termasuk...

PAS boleh terima Amanah jika tinggalkan DAP dan Anwar

KUALA LUMPUR – PAS berpendirian sedia menerima Amanah semula sekiranya parti serpihan mereka itu nekad meninggalkan Pakatan Harapan (PH). Ketua Pemuda PAS merangkap Ketua Pemuda...

Ahli BERSATU perlu berlapang dada – Ahmad Faizal

IPOH: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan semua ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Perak bertenang dan berlapang dada menerima keputusan Dewan Undangan...

I miss you guys sometimes actually, seriously kata Peja kepada Adun PH

CYBERJAYA: “Saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakan rakan seperjuangan saya dalam kerajaan Pakatan Harapan.I miss you guys sometimes actually, seriously,” kata Adun Chenderiang,...

Pemuda Pas Sindir UMNO, ucap ‘tahniah’ kepada DAP Perak dan parti sekutu

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS secara sinis menitipkan ucapan tahniah kepada DAP Perak dan parti-parti yang bekerjasama kerana kejayaan mereka menjatuhkan Menteri Besar, Datuk...

PUTRAJAYA — Kadar baharu harga gunting rambut mestilah sejajar dengan kos tambahan yang terpaksa ditanggung oleh pekedai dan bukannya membebankan pengguna, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata hanya kos barangan yang terlibat dalam pencegahan Covid-19 boleh dicaj kepada pelanggan selain kos asal upah gunting rambut.

“Sebagai contoh, sekiranya proses menggunting rambut hanya melibatkan penggunaan pemakaian pelitup muka, apron pakai buang, sarung tangan dan cecair pensanitasi tangan maka hanya kos barangan yang terlibat ini sahaja yang boleh dicaj kepada pelanggan selain kos asal upah gunting,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Sambil memberi contoh barangan tambahan yang terlibat adalah apron plastik penutup badan pengguna yang berharga RM3, kos sarung tangan RM0.50 dan cecair pensanitasi tangan RM0.30, Nanta berkata jumlah kos tambahan yang boleh dikenakan ialah RM3.80 sahaja dan pengusaha kedai gunting tidak boleh mengenakan caj tambahan sehingga RM10.

Katanya anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan membuat pemeriksaan ke atas premis gunting rambut, salun kecantikan dan lain-lain bagi memastikan tidak ada peniaga yang mengambil kesempatan serta membebankan pengguna.

Pada Sabtu, caj gunting dan dandanan dilapor akan dinaikkan antara RM5 hingga RM10 bagi setiap pelanggan susulan peningkatan kos operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi perkhidmatan itu.

Nanta turut menyarankan agar premis gunting rambut dan kecantikan mempamerkan senarai harga setiap barangan tambahan serta caj servis pemotongan rambut bagi membolehkan pelanggan menyemak harga terlebih dahulu dan mengelak kekeliruan.

Pengguna boleh membuat aduan kepada KPDNHEP terhadap mana-mana kedai gunting dan pendandan rambut serta salun kecantikan yang mengenakan caj berlebihan yang tidak munasabah.

Kes boleh disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP), katanya.

Aduan boleh dibuat melalui aplikasi WhatsApp di nombor 019- 2794 317 atau mana-mana bilik gerakan atau melalui pusat panggilan di 1 800 886 800 atau e-mel kepada [email protected]

Kerajaan membenarkan kedai gunting rambut dan salun kecantikan beroperasi semula mulai 10 Jun dengan SOP yang ketat selepas sektor itu ditutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lepas bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 di negara ini.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Johor Dan Sabah Boleh Jatuh – Naib Presiden PPBM

KUALA LUMPUR: Kemelut politik Menteri Besar yang berlaku di Perak ketika ini kemungkinan juga boleh mengheret ke kancah sama di beberapa negeri lain termasuk...

PAS boleh terima Amanah jika tinggalkan DAP dan Anwar

KUALA LUMPUR – PAS berpendirian sedia menerima Amanah semula sekiranya parti serpihan mereka itu nekad meninggalkan Pakatan Harapan (PH). Ketua Pemuda PAS merangkap Ketua Pemuda...

Ahli BERSATU perlu berlapang dada – Ahmad Faizal

IPOH: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan semua ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Perak bertenang dan berlapang dada menerima keputusan Dewan Undangan...