Kes Positif Covid-19 Di Seluruh Dunia Lepasi Angka 7 Juta Orang

- Advertisement -

Kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi angka 7 juta pagi ini.

Kira-kira 2 juta atau 30 peratus kes tersebut direkod di Amerika Syarikat, manakala negara Amerika Latin mencatatkan kes positif kedua terbesar dengan jumlah lebih 15 peratus.

Menurut data Johns Hopkins University, peningkatan kes mendadak itu melibatkan negara Brazil dan India.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai satu-satunya negara yang mempunyai angka positif 1 juta dengan jumlah keseluruhan 1.94 juta dan dijangka mencecah 2 juta dalam tempoh beberapa hari lagi.

Negara kedua dan ketiga ialah Brazil dan Rusia dengan masing-masing merekodkan 691,758 dan 467,073 kes positif.

Sementara itu, empat negara lagi telah melepasi angka 200,000 kes jangkitan iaitu United Kingdom (287,621), India (257,486), Sepanyol (241,550) dan Itali (234,998).

Arab Saudi yang mempunyai 101,914 kes hari ini menyertai tujuh negara lain yang berada dalam kelompok mempunyai lebih 100,000 kes iaitu Peru (196,515), Perancis (191,102), Jerman (185,750), Iran (171,789), Turki (170,132), Chile (134,150) dan Mexico (117,103).

Negara lain masih merekodkan angka positif COVID-19 di bawah 100,000 namun Pakistan dan Kanada telah melepasi angka jangkitan China dengan masing-masing mempunyai 98,943 kes dan 97,178 kes sementara China 84,191 kes.

Dalam pada itu, Reuters hari ini melaporkan angka kematian alkibat pandemik itu telah melepasi 400,000.

AS merangkumi satu perempat daripada jumlah kematian di seluruh dunia, dengan angka korban semakin meningkat.

Jumlah kematian yang dikaitkan dengan COVID-19 hanya dalam tempoh lima bulan kini bersamaan dengan angka korban akibat malaria yang merupakan antara penyakit berjangkit yang membawa maut.

Kematian akibat virus itu pertama kali dilaporkan pada 10 Januari di Wuhan, China.

Jumlah kematian dipercayai lebih tinggi daripada 400,000 yang dilaporkan secara rasmi kerana banyak negara kekurangan bekalan untuk menguji semua mangsa dan beberapa negara tidak mengira kematian di luar hospital.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat