Terima kasih bantu Khalis

Kuala Lumpur: “Alhamdulillah banyak pihak perubatan Islam yang bantu dengan rawatan secara jarak jauh. Juga iringan doa daripada sahabat dan peminat serta rakyat Malaysia, keadaan suami semakin baik berbanding sebelum ini.”

Itu kata isteri penyanyi kumpulan The Real Spin, Khalis Shari, 32, iaitu Zalina Azman, 40, mengenai keadaan terkini suaminya yang terlantar akibat menghidap kencing manis yang serius.

Zalina menerima kunjungan Persatuan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) yang diwakili Presidennya, Ayob Abd Majid dan Exco Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Datuk  Mohamad Taufek Abd Ghani pada 6 Mei lalu.

Menurut Zalina, tidak terkecuali dia juga menerima panggilan daripada pusat tahfiz di mana anak-anak tahfiz terbabit mengadakan solat hajat dan mendoakan kesembuhan suaminya.

“Ikutkan memang ramai juga perawat Islam hubungi untuk bantu dari jauh kerana pergerakan mereka terbatas untuk datang sini.

“Dari sudut lain, saya bersyukur kerana syarikat rakaman lama Khalis iaitu Solaris Records dan syarikat rakaman terbaru MVM turut bantu memberi sumbangan untuk keperluan suami.

“Selain itu, Baitumal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) ada datang beri sumbangan wang tunai dan keperluan dapur,” katanya yang kini menetap di Senawang, Seremban.

Harian Metro beberapa tahun lalu pernah menyiarkan kesungguhan Khalis yang tidak kisah bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menyara kehidupan keluarganya yang besar.

Zalina berkata, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama, suaminya mengadakan persembahan di Johor dan wang itu disimpan untuk kelangsungan hidup keluarga.

“Kami ada tujuh anak iaitu dua anak dengan Khalis, tiga anak dengan bekas suami saya dan dua lagi anak saudara iaitu anak arwah kakak.

“Sekarang lima anak kami masih bersekolah. Khalis tak pernah mengeluh bekerja keras untuk menyara keluarga.

“Selepas berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan pada Oktober 2018, dia bantu saya berniaga kedai makan pada awal 2019.

“Namun ia hanya mampu bertahan selama empat bulan dan terpaksa ditutup kerana pemilik kedai ambil balik kedai itu,” katanya.

Sementara itu Ayob berkata, mereka hadir melawat dan menyampaikan bantuan sumbangan beberapa penaja antaranya Yayasan Felda dan Ellojoy.

“Kami mendoakan serta berharap semoga Khalis akan kembali pulih dan dapat meneruskan baktinya dalam bidang seni,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial foto Khalis atau nama sebenarnya Muhammad Khalis Md Shari yang kelihatan amat pucat, berwajah cengkung dan badan kurus kering didukung seseorang masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital.

Penyanyi lagu Semakin Rindu itu dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban selepas ditemui dalam keadaan separuh sedar di kediamannya. Dia juga menghidap kencing manis.

Harian Metro

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Parlimen Bersidang Segera, Vaksinasi Tanpa Birokrasi – Titah Agong

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menitahkan m persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

Berita Berkaitan

Pengarah Ola Bola lakar sejarah di China

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Ola Bola, Chiu Keng Guan sekali lagi melakar sejarah apabila karya terbaharu, On Your Mark mencapai kutipan pecah panggung pada...

Niat Niena beri nasihat disalah erti

KUALA LUMPUR: Niat Datin Niena Baharun sekadar berkongsi tip pilih jodoh kepada pengikut Instagram (IG), namun, rumah tangga sendiri pula yang dikaitkan netizen. Baru-baru ini,...

Juri FFM31 nilai 90 filem

KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun ditunda akibat penularan pandemik COVID-19, edisi ke-31 Festival Filem Malaysia (FFM) yang bakal dianjurkan Oktober depan, dijangka menyaksikan 90...