Ramai Instafamous tak berbakat dalam lakonan

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penerbit Jaja Ishak tidak bersetuju dengan trend pempengaruh (instafamous) yang dipilih sebagai pelakon.

Jaja berkata, dia seboleh mungkin cuba mengelak kerana ramai lagi pelakon berbakat yang boleh diketengahkan dalam karya terbitannya.

“Melihat trend Instafamous menjadi pelakon saya agak kurang bersetuju tapi bukan nak menentang. Bagi saya, ramai lagi pelakon berbakat yang boleh dipilih.

“Jika dilihat, ada antara mereka yang hanya bersandar populariti di media sosial semata-mata dan tidak mempunyai bakat dalam bidang lakonan,” katanya.

Menurut Jaja, dia bagaimanapun tidak menafikan ada juga Instafamous atau Influencer yang mempunyai minat mendalam dalam bidang lakonan.

 

Penerbit, Jaja Ishak. FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL
Penerbit, Jaja Ishak. FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL

 

“Ada antara golongan ini yang sebenarnya ada impian untuk menjadi pelakon dan mempunyai bakat terpendam.

“Malah ada antara mereka yang mempunyai usaha untuk mendalami dunia lakonan.

“Jika Instafamous itu mahu belajar berlakon dan menunjukkan usaha gigih, saya tak ralat untuk mengambil mereka berlakon dalam produksi saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Jaja kini sedang dalam proses menerbitkan drama bersiri 15 episod berjudul Saat Kau Takluk Cinta Ini lakonan Idris Khan, Intan Najuwa, Shakilla Khoriri dan ramai lagi.

Drama adaptasi novel karya Sara Hezra ini mendapat sentuhan sutradara Zamri Zakaria dan bakal bersiaran di slot Samarinda TV3.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat