Himaya, artis jayakan kempen anti buli siber

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Menyedari masalah buli siber yang semakin parah, Ketua Pegawai Operasi Anggun Kirana Sdn Bhd dan Pengasas Himaya Premium Hijab Medical Mask, Datuk KK Chua serta tiga artis terkenal tempatan iaitu Wany Hasrita, Elfira Loy dan Amira bergabung menjayakan kempen Anti Buli Siber.

Berkongsi pengalamannya, Wany pernah menjadi mangsa buli sehingga mengambil langkah menyahaktif sementara Instagram.

“Ia semua berpunca daripada sikap netizen yang membuli di alam maya atas dasar kebebasan. Mereka juga berselindung di sebalik akaun palsu dan nama yang bukan-bukan.

“Namun saya kini lebih senang ambil langkah untuk tidak mempedulikan perkara terbabit. Saya sedar perkara ini akan berlaku. Apatah lagi saya memang berada dalam bidang seni.

“Isu buli siber pasti akan berlaku samada cepat atau lambat. Waktu mula-mula kena dulu, saya terfikir juga mengapa ada orang yang tak suka dan bencikan saya,” katanya pada sidang media yang berlangsung di sebuah hotel terkenal.

Penyanyi lagu Belenggu Rindu itu mengakui tindakan drastik yang diambil bagi menanganinya adalah dengan tidak memikirkan langsung.

“Untuk mengelak daripada buli siber, seseorang artis perlu menjaga diri sebaik mungkin agar tidak membuka ruang kepada mereka yang suka bercakap buruk.

“Saya tidak akan baca komen negatif. Jangan buka ruang untuk mereka kecam kita. Dengan cara ini, mereka tiada bahan nak mengata.

“Dalam masa sama, warganet juga perlu tanam sikap tanggungjawab sosial dan nilai murni dalam kehidupan,” katanya.

Wany berkata, bukan golongan artis sahaja menjadi suri teladan kepada generasi akan datang tetapi selagi warganet itu bergelar manusia, mereka juga dipertanggungjawabkan membuat kebaikan.

Sementara itu, KK Chua berkata, mangsa buli siber tidak lagi boleh berdiam kiri kerana ia akan memberikan kesan yang mendatangkan kemudaratan sehingga membabitkan gangguan mental.

“Buli siber kini tidak lagi mengenal mangsa samada remaja, pelajar atau orang dewasa. Langkah paling penting adalah memberitahu ibu bapa atau orang yang anda rasa selamat untuk bercakap mengenainya.

“Masyarakat juga berperanan mendengar masalah mereka, memberi pandangan positif atau melaporkan kejadian itu sekiranya mangsa malu atau buntu,” katanya.

Menurutnya, Himaya Premium Hijab Medical Mask terpanggil untuk mengadakan kempen ini kerana golongan artis sering menjadi mangsa buli siber sehingga menjadi murung dan takut untuk keluar rumah.

“Bagaimanapun, artis Malaysia yang menjadi mangsa buli siber masih terkawal berbanding artis di Korea apabila ramai yang gagal berhadapan dengan situasi itu sehingga membunuh diri.

“Beberapa bintang K-pop yang membunuh diri pernah membicarakan bagaimana mereka bergelut dengan kesihatan mereka kerana menjadi mangsa buli siber dan kita berhadap kejadian itu tidak menimpa artis di Malaysia,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat