Kemunculan Semula Tyson-Holyfield Dinanti Peminat

- Advertisement -

NEW YORK: Peminat tinju kini terdesak untuk melihat Mike Tyson dan Evander Holyfield bertembung buat kali ketiga.

Petinju legenda itu mengumumkan perancangan untuk membuat kemunculan semula pada usia 53 tahun bagi pertarungan pertunjukan untuk kebajikan.

Ia diikuti Holyfield yang mengesahkan dia akan kembali ke gelanggang pada usia 57 tahun.

Bekas juara cruiserweight dan heavyweight, Holyfield berkata dia akan menyertai pertarungan untuk “sebab yang hebat”.

Kini peminat tidak sabar untuk melihat dua pahlawan sejati itu bertemu lagi selepas 23 tahun terbabit dalam pertarungan tinju antara terhebat dunia.

Selepas pengumuman Holyfield, seorang peminat membalas menerusi twitter: “Mike Tyson Lwn Evander Holyfield sila buat tempahan.”

Seorang lagi berkata: “Holyfield Lwn Tyson perlu berlaku untuk kembali menghidupkan semangat.”

Seorang lagi menulis: “Holyfield Lwn Tyson… dunia belum bersedia!”

Holyfield bergelar Raja Heavyweight WBA apabila menewaskan Tyson pada November 1996 menerusi TKO.

Iron Mike mahu kembali mengadakan pertarungan ulangan untuk merampas mahkotanya pada musim panas berikutnya tetapi ia berakhir dengan kontroversi.

Malam 28 Jun 1997 menyaksikan satu daripada pertarungan paling pelik dalam sejarah apabila Tyson menggigit sebahagian telinga Holyfield menyebabkan dia dibatalkan dan hilang lesen bertinju yang kemudiannya dikembalikan semula.

Kedua-dua petinju itu kemudiannya menjadi kawan baik dengan Holyfield memaafkan rakan senegaranya itu. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat