Muka Azmin kabur, saya nak debat dengan Muhyiddin – Najib

- Advertisement -

BUKIT GAMBIR – Datuk Seri Najib Razak enggan berdebat dengan Datuk Seri Azmin Ali sebaliknya beliau memilih untuk berhujah dengan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib memberi alasan secara sarkastik kononnya wajah Azmin kabur dan tidak jelas sebab itu beliau lebih berminat untuk berdebat dengan Muhyiddin berhubung skandal Felda

Meskipun pelawaan debat siapa khianat Felda itu dibuat Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) namun Najib menolaknya.

“Saya dah kata saya susah nak debat dengan orang muka tak berapa jelas, kabur.

“Saya nak debat dengan Muhyiddin, saya lebih patut berdebat dengan Muhyiddin,” jawab Najib ketika ditemui di Bukit Gambir pada Selasa.

Ditanya adakah Najib menganggap Azmin tidak setaraf, beliau hanya mengakui penolakannya itu kerana muka Azmin tidak jelas.

“Sebab muka dia tak berapa nampak,” kata Najib.

Baru-baru ini Azmin mencabar bekas Perdana Menteri itu berdebat sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor isu siapa khianat Felda.

Azmin membuat desakan itu kerana tidak berpuas hati dengan kempen Najib yang menjaja cerita di Johor kononnya beliau adalah ‘hero Felda’.

“Saya cabar Najib Tun Razak, mari kita berdebat di Johor sebelum pilihan raya untuk isytihar siapa yang khianat kepada peneroka Felda di negeri Johor dan seluruh negara? tegas Azmin.

Menurut Azmin beliau ingin menafikan omongan Najib kerana katanya, Felda dimusnahkan pada zaman pentadbiran Perdana Menteri ke-6 itu.

“Kita ada fakta, dengan pembelian Eagle High dan pembelian hartanah lain. Kertas Putih membuktikan pengkhianatan terhadap Felda dan peneroka Felda itu terlalu jelas.

“Oleh itu beliau tak boleh mendabik dada bahawa UMNO menyelamatkan Felda.

“Sebenarnya kepimpinan beliaulah menghancurkan peneroka dan masa depan Felda,” bidas Azmin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat