Bukan bayar guna wang rakyat tapi Goldman Sachs

- Advertisement -

BUKIT GAMBIR – Datuk Seri Najib Razak mendakwa tuduhan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai mengarut kononnya hutang 1MDB dibayar menggunakan wang rakyat.

Beliau sebaliknya menegaskan ia dibayar oleh Goldman Sachs.

“Itu bukan wang rakyat, saya cakap pasal principal amount.

“Dia dah kutip daripada Goldman Sachs lebih RM16 bilion manakala ada juga daripada Ambank Investmenent, itu bukan duit rakyat.

“Goldman Sachs duit rakyat ke? Bagaimana dia boleh dikatakan duit rakyat,” bidas Najib terhadap tuduhan Muhyiddin.

Tegas Najib duit Goldman Sachs adalah milik syarikat pelaburan itu bukannya wang rakyat seperti didakwa.

“Goldman Sachs duit Goldman Sachs.Masuk akal ke?

“Dibayar oleh Goldman Sachs la mana duit rakyat? Mengarutlah,” tempelak Najib.

Semalam, Muhyiddin berkata di Dewan Rakyat bahawa kenyataan Najib bahawa rakyat tidak terbabit dalam pembayaran hutang 1MDB adalah tidak benar dan mengelirukan.

Muhyiddin yang merupakan Ahli Parlimen Pagoh berkata, kerajaan terpaksa membayar hutang 1MDB sebanyak RM50 bilion selepas syarikat berkenaan gagal membayar hutang berkenaan kerana ia dijamin oleh kerajaan.

“Jumlah yang dibayar setakat Januari tahun ini berjumlah lebih RM13 bilion dan hutang yang dibayar itu menggunakan duit rakyat,” katanya pada sesi Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, atas sebab itu, semasa menjadi Perdana Menteri, beliau menubuhkan pasukan khas untuk menjejak dan merampas wang serta aset 1MDB yang disorokkan di luar negara. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat