‘Hentilah sebar video itu’ – Aaron Aziz

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon, Datuk Aaron Aziz menyeru netizen supaya berhenti menyebarkan video mengenai ibu dua anak, Wan Nor Baizura Bharudin atau ‘Kak Long 7E’ yang tular di media sosial baru-baru ini.

Video itu mengundang pelbagai reaksi dengan rata-rata netizen mengecam tindakan Wan Nor Baizura dan anaknya, Muhammad Adam Aqish Mikhail, 8, di dalam kedai serbaneka yang dianggap biadab serta keterlaluan.

Aaron menerusi hantaran di beberapa media sosial menyentuh mengenai maruah dan aib anak kepada wanita itu.

“Di sini, saya minta jasa baik netizen semua untuk berhentilah memuat naik semula (repost) mengenai Kak Long 7E. Dia pun dah minta maaf dan pasti menyesal.

“Kasihan anaknya, nanti nak pergi sekolah malu diejek atau apa. Kita doakan yang baik-baik saja. Cerita dah habis, jadi biarlah mereka sekeluarga tenang. Saya pasti dia sudah belajar dan menerima pengajarannya,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Aaron juga menyentuh mengenai setiap manusia yang tidak pernah ada yang sempurna.

“Tiada yang sempurna. Semua orang ada sikap buruk. Maafkanlah. Itu lagi mulia daripada nak memburuk-burukkan,” tulisnya.

Selain video di kedai serbaneka itu, turut tular ialah video wanita terbabit bersikap kurang ajar wanita sama terhadap kakitangan restoran makanan segera.

Namun, sejak semalam, tular di media sosial video yang memaparkan wanita itu bersama anaknya membuat ulasan makanan untuk sebuah restoran pula.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat