Walaupun terkilan, Rafiena reda dengan pemergian bapa

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penerbit dan pengarah, Datuk Rafiena mengakui dia agak terkilan apabila bapanya, Ramli Othman tidak sempat menyaksikan drama pertamanya arahannya berjudul Jamu Nesan yang mula ditayangkan hari ini apabila dia meninggal dunia pada 19 Januari lalu akibat serangan jantung.

Rafiena yang reda dengan pemergian bapanya itu berkata, selama ini Allahyarham bapanya tidak pernah datang ke lokasi penggambaran drama terbitannya, namun ketika penggambaran Jamu Nesan dia kerap datang dan menemani Rafiena di lokasi.

“Ketika hari terakhir penggambaran Jamu Nesan, dia membacakan doa walaupun waktu ketika sudah 5 pagi. Memang agak terkilan kerana dia tidak sempat menonton drama ini yang memang dia tunggu-tunggu. Dia nak lihat idea asal dan arahan pertama anaknya di TV.

“Tiga hari sebelum abah pergi dia ada pesan drama kedua arahan saya iaitu Patung Rascatto @ Tiger Long nanti buat yang terbaik. Cari orang yang betul boleh buat kerja dan jangan ambil orang yang salah serta nak duit saja,” katanya.

Allahyarham bapanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.

Rafiena berkata, dia juga ‘menghilang’ di media sosial sejak Januari lalu kerana mencari kekuatan selepas pemergian bapanya.

Menurutnya, sejak bapanya meninggal dunia, dia banyak mendiamkan diri dan mengasingkan daripada orang luar kerana belum mampu menghadapi realiti bapanya sudah tiada lagi di dunia.

“Saya bukan sengaja nak menghilangkan diri dari media sosial, tapi saya masih terkesan dengan pemergian abah. Saya memang tak beritahu sesiapa ketika arwah meninggal dunia sebab dia pergi dalam keadaan mengejut.

“Bagaimanapun, saya reda dengan pemergiannya dan mendoakan agar dia berada di tempat yang terbaik. Arwah memang tak pernah puji apa yang saya lakukan, tapi apabila membaca perbualan di WhatsApp antara dia dengan rakan-rakannya dia sering memuji saya. Dia enggan beritahu saya kerana tidak mahu saya hanyut dengan pujian.

“Walaupun hampir setiap hari saya menangis, tapi saya perlu kuat untuk teruskan hidup kerana saya masih ada ibu dan adik-beradik yang perlu ditanggung. Saya perlu kuatkan semangat untuk terus bangkit,” katanya.

Drama Jamu Nesan arahan dan terbitan Rafiena ditayangkan setiap Rabu dan Khamis, , jam 10 malam di Hypp Sensasi (saluran 116).

Drama terbitan DarkWave Pictures itu menampilkan barisan pelakon popular seperti Qi Razali, Didi Astillah, Zaidi Omar dan ramai lagi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat