ADUN Pembangkang pun ada rakyat nak kena jaga, GRS Sabah tak berkira peruntukan – Bung Moktar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Gagasan Rakyat Sabah (GRS) nekad tidak mahu mengikut acuan kerajaan negeri sebelum ini yang bertindak mendiskriminasi ADUN Pembangkang atau wakil rakyat bebas dengan tidak menghulurkan peruntukan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata peruntukan kewangan Sabah sedang dinilai supaya mampu untuk salurkan dana kepada semua wakil rakyat tanpa mengira parti kerana sedar mereka juga ada rakyat yang perlu dijaga kebajikan.

“ Saya juga melihat sebetulnya kita kena berubah sekiranya kerajaan negeri mampu, mempunyai kewangan kita boleh pertimbangkan peruntukan-peruntukan yang difikirkan walaupun dia pembangkang.

“Dia pun ada rakyat di jaga jadi saya ingat kita tidak boleh lagi politik berubah di mana kehidupan manusia setiap hari sudah berubah dulu.

“Jadi kita akan cuba melihat sejauh mana kerajaan GRS boleh memberi peruntukan lebih banyak kepada Adun-adun bebas ataupun pembangkang Sabah,” katanya dalam wawancara khas bersama SuaraTV.

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 berkata, kerajaan GRS membuat perubahan itu supaya dinilai rakyat.

“Kita kena buat sedikit perubahan jadi terserah kepada rakyat

“Kita memberi peruntukan itu akan diagih-agihkan kepada rakyat yang ada di kawasan itu termasuk juga rakyat yang menyokong kita.
“Mana tahu mungkin suatu hari rakyat melihat keikhlasan GRS ini baik dia tidak diskrimasi suatu hari pilihan raya rakyat akan menyokong kita,” ujar beliau.

Kata ADUN Lamag itu, jika sebelum ini Pakatan Harapan (PH) dan Warisan yang mentadbir pembangkang tidak diberikan sebarang peruntukan.

“Jadi saya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) pernah mencadangkan kepada Ketua Menteri untuk mempertimbang memberi peruntukan kepada ADUN-ADUN pembangkang Sabah.

“Ketua Menteri mula mempertimbangkan memberi RM 100,000 untuk bantuan Covid-19 di kawasan masing-masing dan Insyaallah cadangan itu saya akan ulang lagi kepada Ketua Menteri,” ujar Bung Moktar. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat