PAS jawab khabar RUU355

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS tampil menjawab persoalan dibangkitkan berhubung RUU355 yang didakwa sepi selepas parti Islam itu menjadi sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) bahkan memiliki sepenuhnya kuasa politik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary menegaskan bahawa kerajaan hari ini komited untuk membentangkan RUU355.

Beliau turut memperincikan kalendar kronologi perjuangan PAS dalam usaha melaksanakan RUU355.

“Pada Ogos 2020 rombakan keanggotaan jawatankuasa teknikal.
“Manakala pada September 2020, Jawatankuasa Teknikal baru tersebut telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal untuk meneliti dan membahaskan RUU355 dengan lebih terperinci.

Ahmad Marzuk yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa turut memberitahu pada Oktober 2020, draf RUU355 berjaya digubal berdasarkan input-input perbincangan dan perbahasan Jawatankuasa Teknikal.

Terkini katanya, pada awal tahun 2021, ranacangan untuk membentang cadangan pindaan RUU355 yang telah digubal kepada negeri-negeri.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hampir satu tahun kerajaan PN yang dibentuk bersama parti Bersatu, Pas dan UMNO mentadbir tetapi belum kedengaran suara hendak melaksanakan hukum hudud atau RUU355.

Sebelum ini, pada Februari 2017, ketika Barisan Nasional (BN) masih memerintah, pemimpin kanan dari Pas lantang menuntut diadakan pindaan pada Rang Undang-Undang (RUU) 355 sehingga sanggup melakukan himpun besar-besaran di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Kini, selepas hampir setahun Pas menjadi sebahagian dari pembentukan kerajaan PN, kenapa diam membisu.

Katanya, laungan Pas untuk melaksanakan hukum hudud juga telah mendapat kelulusan dua negeri iaitu Kelantan pada 1993 dan Terengganu pada 2000, tetapi sampai sekarang tidak dilaksanakan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat