Trending Di TikTok, 5 Produk Ini Jadi Rebutan Ramai Gara-Gara Populariti Drama True Beauty

Drama Korea yang berjudul True Beauty baru sahaja melabuhkan tirainya baru-baru ini. Membawa kisah tentang Im Ju-kyeong, seorang gadis yang berubah menjadi cantik setelah dibuli oleh rakan sekolahnya kerana dikatakan hodoh.

Meskipun pada awalnya drama ini tidak merekodkan jumlah rating yang memberangsangkan, drama ini tetap berjaya meraih rating yang baik pada episod terakhir serta memberikan impak kepada penonton.

Selain mempunyai mesej yang baik disebalik jalan cerita yang menarik, drama ini bukan sahaja berjaya membuatkan para penonton terkena penangan second lead syndrome malah, drama ini juga berjaya membuatkan 5 produk dari jenama ini laku keras.

Bagi yang tidak tahu, watak dalam drama ini berjaya berubah menjadi cantik setelah belajar cara memakai makeup dengan betul. Terdapat pelbagai jenama yang telah ditonjolkan dalam drama ini.

Bagaimanapun, jenama Colorgram merupakan jenama yang telah berjaya menarik perhatian para penonton sehinggakan kelima-lima produk dari jenama ini menjadi rebutan. Ingin tahu apakah barangan tersebut? Teruskan membaca!

1. Colorgram Multi Cube Palette 5 Colours

photo_2021-02-08_13-12-46

Produk pertama yang menjadi rebutan para peminat ialah Colorgram Multi Palette 5 Colours. Dalam drama tersebut, watak Im Ju-kyeong yang dilakonkan oleh pelakon jelita, Moon Ga-young sering dilihat mengenakan eyeshadow palette ini bukan sahaja di mata malah, di pipi sebagai contour.

2. Colorgram Thunderbolt Tint Lacquer

photo_2021-02-08_13-13-01

Produk seterusnya merupakan antara produk yang paling popular dari senarai ini. Lip tint dari Colorgram ini merupakan produk yang paling banyak dibeli oleh peminat kerana produk ini memberikan natural effect kepada sang pemakai.

3. Colorgram Milk Bling Shadow

photo_2021-02-08_13-13-03

Produk seterusnya ialah Colorgram Milk Bling Shadow, iaitu sebuah eyeshadow dalam bentuk liquid yang berkilau. Meskipun eyeshadow ini dipenuhi dengan glitter di dalamnya, produk yang sering dipakai oleh Ju-kyeong dalam drama ini tetap memberikan natural effect kepada pemakai.

4. Colorgram Rosy Tone Up Cream

photo_2021-02-08_13-12-54

Produk seterusnya yang berjaya menarik perhatian penonton ialah Rosy Tone Up Cream, iaitu sebuah krim yang membantu meratakan tona kulit serta padat dengan bahan yang boleh melembabkan kulit muka seprti hyaluronic acid dan ekstrak bunga mawar.

5. Colorgram Artist Formula Auto Brow Pencil

photo_2021-02-08_13-12-55

Produk terakhir dari Colorgram yang menjadi rebutan para peminat drama True Beauty ialah Artist Formula Auto Brow Pencil. Dalam drama tersebut, Ju-kyeong sering dilihat menggunakan produk ini pada keningnya dan melihat betapa cantiknya kening beliau, tidak hairanlah kenapa produk ini menjadi rebutan.

Jadi ikutan di Tiktok

Video transformasi Ju-kyeong juga merupakan diantara cabaran yang menjadi ikutan di aplikasi tiktok. Selain itu, peminat drama True Beauty turut juga berkongsi semua produk dari jenama Colorgram yang telah dibeli kerana terpengaruh dengan drama tersebut.

 

 

 

Meskipun drama ini berlatarkan kehidupan pelajar sekolah menengah, terdapat pelbagai nilai yang boleh dipelajari antaranya ialah tentang kecantikan sebenar yang bukan berlandaskan wajah yang cantik semata-mata sebaliknya, pada budi pekerti seseorang.

Bagi yang bercadang untuk menonton drama ini, diharapkan agar kocek anda tidak menangis kerana terpengarih dengan produk-produk yang ‘disajikan’ dalam drama tersebut!

The Voket

Topik Hangat

Singkir Tajuddin jadi pengarah pilihan raya, desak pimpinan UMNO – Laporan

KUALA LUMPUR – Ura-ura mengatakan ramai pimpinan UMNO “tidak senang” dengan sikap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai pengarah pilihan...

Muhyiddin Nak Jadi Menteri Kewangan Tapi Saya Pilih Lim Guan Eng – Mahathir

SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dipilih menjadi Menteri Kewangan semasa Pakatan Harapan (PH) memerintah kerana berjaya menguruskan kerajaan Pulau Pinang...

Yayasan Bank Rakyat Taja Program Tuisyen Kepada 13,212 Pelajar Pada Tahun 2020

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) telah memperuntukkan hampir RM550,00 untuk 253 Program Tuisyen Rakyat sepanjang tahun 2020 di seluruh negara walaupun ketika pandemik Covid-19, menurut...

Berita Berkaitan

‘Sudah Masuk Tidak Jumpa Pintu Keluar’- Iklan Kedai Eco Shop Ini Buat Netizen Terhibur

Sebut sahaja Eco Shop, mesti ramai sudah tahu kewujudan kedai ‘berhantu’ ini. Mana tidaknya, niat mahu membeli satu barang sahaja tapi kadangkala terbeli lebih...

Bekas Jurutera Tesla Dakwa Kereta Elektrik Rekaannya Lebih Baik Berbanding Model S

Bila sebut kereta elektrik, automatik kita akan teringat jenama Tesla berbanding jenama-jenama yang lain. Punyalah hebat Elon Musk berjaya naikkan branding jenama Tesla sampai begitu sekali. Baru-baru...

Taman Tema Genting SkyWorlds Bakal Dibuka Pertengahan 2021

Penantian pengunjung setia Genting Highlands bakal berakhir kerana taman tema bertemakan filem, Genting SkyWorlds dijangka dibuka kepada umum pertengahan tahun 2021. Wakil Resorts World Genting (RWG), Lee...