Ketepikan Sengketa Fokus Pulihkan Parti – UMNO Bakri

- Advertisement -

MUAR – Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Haji Mohd Fuad Haji Tukirin menegaskan, UMNO perlu menerima hakikat dan menghadapi realiti ditolak rakyat didalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu dengan hanya memenangi 20 kerusi Parlimen sahaja di Semenanjung ini.

Menurut beliau, UMNO juga tidak boleh berbangga bila parti itu dikatakan sebagai ‘kingmaker’ dalam menentukan pembentukan kerajaan memandangkan parti itu adalah asas dan tunjang yang kuat dengan memiliki majoriti Ahli Parlimen dalam kerajaan-kerajaan sebelum ini.

“Keputusan parti untuk bersama di dalam kerajaan perpaduan itu tidak mengubah realiti bahawa kita (Barisan Nasional) hanya menang 30 kerusi (Parlimen) dan UMNO khususnya di Semenanjung (UMNO) hanya menang 20 kerusi (Parlimen).

“Apa yang pentingnya ialah bagaimana kita hendak bangkit daripada (hanya menang) 20 kerusi di semenanjung dan 30 kerusi secara keseluruhannya (melibatkan BN) itu yang perlu difikirkan dan kita tak boleh menafikan realiti (kita telah tewas dalam PRU15),” ujarnya.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Bakri, Datuk Mohd Fuad berkata, barisan kepimpinan UMNO dan BN perlu mengakui hakikat selepas mereka tidak berjaya membendung gelombang yang membawa kepada prestasi yang amat teruk dalam sejarah pilihan raya yang disertai parti itu.

“Kini masanya untuk ahli-ahli dan pemimpin UMNO muhasabah diri dalam mencari titik persamaan bagi merungkai makenisma yang terbaik untuk memulihkan parti, katanya.

Sementara itu, beliau turut bersetuju dan menyokong usaha yang digerakan UMNO Bahagian Muar dan Pagoh yang disuarakan Datuk Seri Razali Ibrahim pada Majlis Mesra Jentera BN dimana ucapan beliau tidak menyentuh tentang pemimpin secara individu namun sebaliknya apa yang beliau tekankan ialah UMNO tidak perlu bergaduh sesama sendiri serta mencari salah dan silap individu, ujarnya.

“ Sebaliknya rapatkan semula ukhawah dikalangan ahli dan pemimpin serta reset semula UMNO dimana kita perlu muhasabah diri serta tidak perlu untuk terus menuding jari serta bersengketa dan bertelagah”, katanya.

“Kita harus faham serta menerima realiti dalam meneruskan kelangsungan politik UMNO serta BN dimana tidak perlulah kita hendak menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya berusaha mencari makenisma terbaik dalam mencapai titik persamaan bagi memulihkan UMNO” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning, Datuk Mohd Fuad seterusnya menekankan bahawasenya BN kini sudah menjadi pilihan kedua bagi orang-orang Melayu, katanya.

“Ini merupakan kenyataan yang harus kita terima akan hakikatnya dan akui dimana kita kena belajar dari kesilapan serta memperbaiki segala kelemahan mahupun kekurangan dalam usaha menjadi pilihan pertama dimata masyarakat” ujarnya.

Beliau turut mengulas kenyataan yang disampaikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu sedikit sebanyak menyedarkan ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi dimana hala tuju politik kita selepas pasca PRU15, ujarnya lagi.

“Sekurang kurangnya akar umbi UMNO merasa lega dengan penjelasan yang dikeutarakan walaupun ringkas namun ianya padat serta sarat dengan maksud yang tersirat dengan membawa pemahaman naratif yang dimaksudkan, beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ucapan MKT UMNO Datuk Seri Razali Ibrahim yang tular di Media Sosial.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat