Johari Menang DUN Tioman, Bukti Gabungan BN-PH Diterima Rakyat – Wan Rosdy

- Advertisement -

ROMPIN- Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman adalah bukti manifestasi penerimaan rakyat susulan pembentukan Kerajaan Perpaduan hasil gabungan bersama Pakatan Harapan (PH).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, rakyat telah menerima rasional BN dan PH di Pahang bekerjasama demi berkhidmat untuk rakyat.

“Gabungan BN dan PH sudah tentu diterima oleh masyarakat kerana rasionalnya saya telah jelaskan beberapa kali dalam siri kempen pilihan raya ini.

“Kemenangan BN ini bukti gabungan BN-PH diterima oleh pengundi di Tioman,” katanya pada sidang media selepas pengumuman keputusan DUN Tioman Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin malam ini.

Dalam perkembangan lain, Wan Rosdy menyatakan kuota Exco Pahang telah lengkap diisi oleh itu ADUN Tioman, Datuk Seri Mohd Johari Hussain akan menggalas jawatan dan memelihara kesejahteraan rakyat di DUN Tioman.

Sementara itu, Johari menyatakan, manifestasi kerjasama BN dan PH ini telah membawa satu kerjasama erat demi kestabilan politik dan ekonomi serta perpaduan kaum dalam Kerajan Negeri Pahang.

BN berjaya mempertahankan kerusi DUN Tioman dengan majoriti tipis 638 undi sahaja.

Johari berjaya menumpaskan empat calon pesaing lain sekali gus, kekal mempertahankan DUN Tioman selama empat penggal berturut-turut.

PRU15 N.42 Dun Tioman menyaksikan Johari memperoleh 8,077 undi manakala pencabar terdekatnya calon Perikatan Nasional (PN), Noor Idayu Hashim, 7,439.

Calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Fadzli Mohd Ramly yang diputuskan oleh memberi laluan kepada BN tetap mendapat 791 undi.

Manakala calon Pejuang, Osman Bakar memperoleh 82 undi dan calon Bebas, Sulaiman Bakar sekadar memperoleh 60 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan peratusan keluar mengundi sehingga jam 6 petang ialah 57 peratus.

Kemenangan Johari ini menyumbang kerusi ke-17 buat BN Pahang yang seri dengan kerusi PN. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat