BN pertahan Tioman, majoriti tipis

- Advertisement -

ROMPIN- Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman dengan majoriti tipis 573 undi sahaja.

Calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain berjaya menumpaskan empat calon pesaing lain sekali gus, kekal mempertahankan DUN Tioman selama empat penggal berturut-turut.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Tioman, Datuk Ahmad Nazim Mohd Sidek mengumumkan keputusan pilihan raya itu di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin.

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) N.42 Dun Tioman menyaksikan Johari memperoleh 8,080 undi manakala pencabar terdekatnya calon Perikatan Nasional (PN), Noor Idayu Hashim, 7,507 undi.

Calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Fadzli Mohd Ramly yang diputuskan oleh memberi laluan kepada BN tetap mendapat 784 undi.

Manakala calon Pejuang, Osman Bakar memperoleh 79 undi dan calon Bebas, Sulaiman Bakar sekadar memperoleh 58 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan peratusan keluar mengundi sehingga jam 6 petang ialah 57 peratus.

Pengundi di DUN Tioman yang berdaftar seramai 28,354.

Kemenangan Johari ini menyumbang kerusi ke-17 buat BN Pahang yang seri dengan kerusi PN.

PN memainkan peranan sebagai pembangkang di DUN Pahang memandangkan BN dan PH membentuk Kerajaan Perpaduan selaras dengan Kerajaan Persekutuan. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat