Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Benarkan DAP Tangguh Kongres Ke Tahun Depan

- Advertisement -

CYBERJAYA – DAP akan menangguhkan kongres partinya yang dijadualkan berlangsung 20 Disember ini di Shah Alam ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Loke Siew Fook atau Anthony Loke memaklumkan pihaknya baru menerima kebenaran menangguhkan kongres parti daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

“Pihak Ibu Pejabat Kebangsaan DAP telah menerima surat balas daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) lewat petang tadi dan memaklumkan kami bahawa JPPM telah bersetuju untuk memberi lanjutan masa bagi mengadakan Kongres Parti DAP selewat-lewatnya pada 30 Jun 2021.

“Justeru itu, Kongres Parti DAP yang dijadualkan berlangsung pada 20 Disember 2020 di Shah Alam DITANGGUHKAN ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian sebelum 30 Jun 2021,” katanya.

Bagaimanapun Loke menjelaskan proses penamaan calon untuk pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat telah pun selesai dan senarai calon telah pun dimuktamadkan.

Seramai 86 nama dicalonkan bagi pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, antaranya Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Young Syefura Othman, Abdul Aziz Bari, Syahredzan Johan, Gobind Singh, Hannah Yeoh dan Loke sendiri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat