Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Naik Jadi RM600

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memutuskan supaya Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 kepada penjawat awam dinaikkan kepada RM600 dan dibayar pada bulan Mac 2023, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Bantuan Aidilfitri itu akan dibayar bersama dengan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 yang berkuat kuasa Januari 2023 dan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM 700 menjadikan jumlah tambahan keseluruhan untuk penjawat awam yang layak pada tahun 2023 adalah sebanyak RM2,500.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga telah bersetuju untuk memberikan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM 100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56 dengan implikasi kewangan RM 1.5 bilion.

“Ini bermakna, jika seorang kakitangan Gred 11 yang bergaji RM 1,600 mendapat Kenaikan Gaji Tahunannya sebanyak RM 80 pada setiap bulan April, bagi tahun hadapan, beliau turut mendapat kenaikan gaji tambahan khas 2023 sebanyak RM 100 bermula pada bulan Januari2023.

“Ini menjadikan gaji akhir beliau pada tahun 2023 adalah sebanyak RM1,780 dan gaji ini kekal dibawa ke tahun seterusnya.

“Bagi tahun hadapan, kerajaan turut bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan 1 juta pesara kerajaan sebanyak RM350 dengan implikasi kewangan berjumlah RM1.3 bilion,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,477FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat