MB Selangor Doakan 2 ADUN PH Sembuh Segera Dari Jangkitan Covid-19

- Advertisement -

SHAH ALAM, 6 Okt — Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mendoakan kesembuhan segera Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku Lim Yi Wei dan ADUN Kota Damansara Shatiri Mansor yang disahkan positif COVID-19, semalam.

“Saya mendoakan kedua-dua sahabat saya ini diberi kesembuhan dan kesihatan seperti sedia kala. Semoga mereka dan keluarga diberi kekuatan bagi mengharungi ujian berkenaan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Amirudin berkata segala urusan rasmi melibatkan kedua-dua ADUN berkenaan akan diselaras dan dipermudahkan oleh pejabat masing-masing dan pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) terlibat.

Sementara itu, Lim mengesahkan dirinya positif COVID-19 menerusi hantaran di laman Facebooknya manakala Shatiri memaklumkan mengenai status dirinya menerusi video berdurasi 3.28 minit di laman sesawangnya.

Menurut Lim, beliau menjalani ujian saringan pertama di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) sejurus pulang dari Sabah pada 27 Okt leps dan menjalani kuarantin kendiri di rumah selepas dipakaikan gelang merah jambu.

Katanya, keputusan ujian saringan pertama terhadapnya pada 30 Sept lepas, didapati negatif namun dirinya menunjukkan gejala pada hari berkenaan menyebabkan beliau melakukan ujian kali kedua pada 2 Okt dan menyambung kuarantin secara kendiri sehingga disahkan positif COVID-19, semalam.

Shatiri pula memaklumkan, beliau dan isteri serta tujuh kakitangan pusat khidmat DUN Kota Damansara menjalani ujian saringan di klia2 pada 27 Sept sejurus pulang dari Sabah dan menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari.

“Namun semalam, saya menerima panggilan daripada Pusat Kesihatan Daerah Petaling mengatakan saya positif COVID-19. Isteri dan anak saya juga disahkan positif. Kami semua dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat