Shahril Hamdan kini bebas Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan mengesahkan dirinya kini bebas daripada wabak Covid-19 dan sudah keluar hospital.

Berita gembira itu dikongsikan beliau sendiri menerusi ciapan Twitternya sebentar tadi.

“Alhamdulillah, bebas (Covid-19) dan boleh discaj dari hospital.

“Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh petugas barisan hadapan (frontliners) terutama sekali Hospital Sungai Buloh atas rawatan yang diberikan.

“Terima kasih juga kepada semua yang menitipkan ucapan,” catat Shahril.

Beliau juga menyatakan keterujaan untuk pulang ke rumah untuk bertemu keluarga terutamanya anaknya yang berusia dua tahun.

Pada 23 September lalu, sekembali dari Sabah selepas menyertai Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) beliau disahkan positif Covid-19 dan dimasukkan ke hospital.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat