Exco Ismail Lasim: Lapan BN, masing-masing satu PAS dan Wawasan

SERI MENANTI – Pentadbiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim kini lengkap dengan pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), terdiri daripada lapan wakil Barisan Nasional (BN) serta masing-masing seorang daripada PAS dan Parti Wawasan.

Kesemua mereka mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dalam istiadat di Istana Besar Seri Menanti pada Jumaat.

Lapan ADUN BN yang dilantik ialah Datuk Mohd Faizal Ramli (Linggi), Datuk Zaifulbahri Idris (Chembong), Datuk Mustapha Nagoor (Palong), Datuk Mohd Asna Amin (Lenggeng), Datuk Mohd Razi Mohd Ali (Sungai Lui), Siti Nur Umaira Hasim (Labu), Siow Kong Choon (Chennah) dan Suhaimizan Bizar (Gemencheh).

Dua lagi jawatan Exco diberikan kepada wakil Perikatan Nasional (PN), iaitu Mohd Fairuz Mohd Isa (Serting) daripada PAS dan Datuk Razali Abu Samah (Sikamat) daripada Parti Wawasan.

Komposisi itu memperlihatkan pentadbiran baharu Negeri Sembilan bukan sahaja didominasi BN, malah turut memberi tempat kepada dua parti dalam PN selepas kerjasama kedua-dua gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri.

Ismail yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada Ahad lalu turut hadir pada istiadat berkenaan.

Turut berangkat ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud; Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-‘Abidin Tuanku Muhriz.

Hadir sama ialah Undang Luak Sungei Ujong dan Undang Luak Rembau.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada Sabtu lalu menyaksikan BN memenangi 18 daripada 36 kerusi DUN, manakala PN memperoleh tujuh kerusi.

Gabungan kekuatan BN dan PN memberikan kerajaan baharu sokongan 25 ADUN dalam DUN Negeri Sembilan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat