Pas-PN pilih runding dulu selepas Zahid isytihar BN tanding 21/28 kerusi DUN Melaka – Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa Pas dan Perikatan Nasional (PN) tidak mahu terburu-buru membuat keputusan selepas Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengisytiharkan bahawa BN akan bertanding hampir semua kerusi majoriti Melayu.

Annuar berpendapat, jalan terbaik ialah tidak mendahului perundingan.

“Pucuk pimpinan BN dah isytihar nak bertanding hampir semua kerusi majoriti Melayu untuk mereka.Tinggal satu dua kerusi saja untuk parti parti lain.

“Bagi Pas, kita serah pucuk pimpinan dan tidak perlu terburu buru.

“(Manakala) Bagi PN saya percaya kita akan berbincang terlebih dahulu.Tidak perlu mendahului perundingan,” tegasnya.

Menurit Annuar, bagi jentera dan Jabatan Pilihan Raya Pas, parti Islam itu akan buat kajian sentimen rakyat.

“Kita amat menghargai aspirasi rakyat Melaka.

“Amatlah perlu kita cermat membuat perhitungan dan tidak mudah lupa dengan kejayaan yang sudah di capai.Ia sebahagian daripada ujian buat kita semua,” ujar Annuar.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat