Kesan warga asing yang hilang selepas visa tamat, wajar turut kenakan denda – NGO

KUALA LUMPUR – Warga asing yang masuk ke dalam negara dengan visa sah tetapi gagal dikesan selepas tempoh visa mereka tamat perlu diburu secara berkala bagi memastikan keselamatan di dalam negara terus terjamin di samping membendung kebanjiran pendatang asing tanpa izin.

Pengerusi NGO Antarabangsa Datuk Dr Mustapha Ahmad Merican berkata selepas diburu, dokumen perjalanan mereka perlu disenaraihitam dan mereka mesti disekat untuk kembali masuk ke dalam negara ini pada masa depan.

“Masalah sekarang ialah pihak berkuasa mungkin tidak pasti berapa ramai mereka yang masuk tetapi tidak keluar dari negara ini selepas visa mereka tamat tempoh. Mereka ada dari negara China, Bangladesh, Indonesoa dan banyak negara.

“Kita percaya Jabatan Imigresen ada data ini,” katanya kepada Suara TV hari ini.

Beliau menggesa kerajaan dan pihak berkuasa untuk memaparkan nama mereka warga asing yang hilang di kepada umum dan buat siasatan untuk mengenal pasti jika ada dalang warga tempatan yang juga terlibat menguruskan kemasukan mereka.

Jika ada, buat pendakwaan dan kenakan hukuman berat kepada mereka, kata Datuk Dr Mustapha.

“Pihak berkuasa lain, Jabatan Imigersen dan Polis perlu menjalinkan kerjasama untuk banteras kehadiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) secara tegas,” katanya.

Beliau mencadangkan pendatang yang menyalahguna visa mereka perlu dikenakan bayaran penalti seperti yang dilakukan di Kemboja jika dikesan gagal keluar selepas tamat tempoh visa.

Walaupun pihak Imigresen dan pihak berkuasa dilihat ketika ini menjalankan banyak operasi namun kita masih mendengar kemasukan PATI masih berlaku melalui pintu sempadan negara jiran Thailand dan dari jalan laut, menurutnya.

“Pihak berkuasa sudah melakukan rondaan, kawalan dan penguatkuasaan dengan ketat tetapi kemasukan mereka ini masih terjadi kerana dalang menyeludup masuk manusia sanggup mengambil risiko kerana ada orang membantunya dari dalam.

“Ini masalah yang menyebabkan isu kemasukan PATI sukar dibanteras,” katanya.

Selain itu, Datuk Dr Mustapha turut mahu kerajaan mengambil langkah menghantar warga Rohingya kembali ke negara asal Myanmar kerana kerana keadaanm di negara itu yang sudah kembali aman.

“Penghantaran balik ke negara asal perlu dijalankan secara berkala melalui perjanjian dalam kalangan negara ASEAN supaya keselamatan mereka terjamin dan mereka tidak dianiaya,” katanya.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat