Pilih Pemimpin Yang Efektif, Bukan Populis – Mahdzir

- Advertisement -

ALOR STAR — Pengerusi Barisan Nasional Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid menekankan keperluan untuk menubuhkan sebuah kerajaan negeri adalah yang mampu menguruskan pembangunan ekonomi negeri dengan baik.

Beliau menggesa rakyat Kedah untuk memilih pemimpin negeri yang mampu menguruskan negeri dengan efektif dan bukannya memilih berdasarkan populariti.

“Di Kedah, terdapat majoriti Melayu, tetapi terdapat juga komuniti Cina, India, dan Thai, mereka semua memerlukan ekonomi yang kukuh.

“Betul atau tidak? Sebab itu tuan-tuan dan puan-puan kita kena fikir, ini (pemerintahan negeri) bukan untuk watak populis, bukan mahu popular.

“kita nak jadi kerajaan, tak penting popular. Yang pentingnya boleh menguruskan negeri ini. Yang paling penting adalah bagaimana mengurus untuk rakyat dapat ekonomi yang baik,” katanya pada program Ceramah Pakatan Harapan-Barisan Nasional di sini semalam.

Mahdzir, yang juga bekas Menteri Besar Kedah, juga menekankan bahawa kemajuan negeri juga bergantung kepada hubungan yang baik antara kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Beliau menegaskan bahawa pertikaian yang kerap berlaku dengan pemimpin di peringkat Persekutuan, akan menghalang sebarang kemajuan dalam projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.

“kalau selalu cari masalah…kita gaduh hari-hari, kita fitnah hari-hari, kita marah hari-hari, siapa mahu tolong kita?

“Padang hujungnya, (pemimpin negeri) bawa surat, sampai duduk bersama Perdana Menteri, minta juga sama Perdana Menteri. Tapi macam mana Perdana Menteri nak bagi kalau hari hari kamu maki ini Perdana Menteri,” katanya.

Mengulas lanjut, Mahdzir menegaskan bahawa Menteri Besar yang dipilih harus memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat.

“Orang nak makan, bayar bil elektrik, bayar rumah, bayar kereta, beli susu untuk anak-anak.

“Itulah perkara yang paling penting, tak perlu membincangkan perkara lain sebagai Menteri Besar, tak perlu nak cari gaduh,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat