Parti Baru Belum Ada Nama, Takkan Kerjasama Dengan Warisan, PH atau PN – Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu/PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan menubuhkan parti baharu, tetapi menegaskan tidak akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) ataupun Pakatan Harapan (PH).

Menurut bekas Perdana Menteri Ketujuh (PM7) itu, parti baru yang akan ditubuhkan itu akan jadi kuasa ketiga dalam politik negara.

“Kita bebas dan boleh buat keputusan untuk sertai mana-mana parti,” katanya, dipetik dari laporan MalaysiaGazette.

Bagaimanapun, Mahathir menjelaskan pihaknya belum memutuskan nama parti dan lambang parti berkenaan, namun menurutnya ia akan berkisar mengenai ahli daripada Melayu dan Bumiputera.

“Kita belum tentukan lagi nama parti, dan harap RoS (Pendaftar Pertubuhan) dapat terima cadangan parti ini.

“Kita jangka akan berdepan masalah dengan RoS. Kita harap kerajaan (menerusi RoS) berani untuk meluluskan permohonan parti baru ini kerana mereka (kerajaan) terlalu takut dengan kita dan cuba untuk membeli kami sahaja,” katanya.

Ujarnya lagi, parti baru itu akan diketuai anaknya yang juga bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz sebagai Presiden, manakala beliau sendiri menjawat jawatan pengerusi parti.

Ditanya sama ada parti baharu itu akan bekerjasama dengan Parti Warisan Sabah yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Mahathir berkata;

“Kami tidak mahu kerjasama dengan sesiapa kerana (Warisan) ada bantahan daripada pihak mereka,” katanya lagi, dipetik dari laporan berkenaan.

Terdahulu, pada 3 Ogos lalu, ketika menyertai rancangan bual bicara dalam talian yang dianjurkan kumpulan usahawan MyPerintis, Mahathir berkata Malaysia menjadi tidak stabil dan rakyat hilang haluan kerana terlalu banyak parti politik ditubuhkan.

“Saya dapati negara kita amat kaya dan mempunyai banyak peluang untuk maju diri. Tapi kadang-kadang terganggu kerana politik.

“Politik parti jadikan kita tidak stabil, masing-masing bersaing untuk parti sendiri. Banyak parti buat kita hilang haluan tidak tahu nak ke mana,” ujarnya. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,207FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat