Tubuh Parti Baharu, Mahathir Layak Dilabel Bapa Pemecah Belah Melayu

MAHB Fail Tuntutan Caj Tertunggak Penerbangan RM78 Juta Terhadap AAX

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengambil tindakan undang-undang terhadap AirAsia X Bhd (AAX) untuk menuntut RM78.16 juta caj tertunggak penerbangan yang gagal...

Felda Berhasrat Ambil Semula 350,000 Hektar Tanah Daripada FGV

KUALA LUMPUR: Felda berhasrat mengambil semula sejumlah 350,000 hektar tanah yang dipajak kepada FGV Holdings Bhd (FGV) bagi mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat. Pengerusi, Datuk Seri...

Pele Genap Usia 80 Tahun Hari Ini

SAO PAULO: Dianggap sebagai pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman, Pele akan menyambut ulang tahunnya yang ke-80 esok. Berkurung di kediamannya di sini kerana pandemik...

Korea Selatan Teruskan Rancangan Vaksin Selesema, Walaupun 25 Mati

SEOUL: Pegawai Korea Selatan hari ini menolak untuk menggantung usaha vaksin inokulasi influenza bermusim, walaupun ada permintaan untuk menghentikannya, termasuk rayuan dari sekumpulan doktor...

KP Kesihatan Jadi Superhero Animasi

PUTRAJAYA – Individu kesayangan rakyat Malaysia, Tan Sri Noor Hisham Abdullah kini diangkat sebagai salah seorang ‘adiwira’ dalam siri animasi popular tempatan, BoBoiBoy. Jangan silap...

 

Oleh: Isham Jalil

Petang ini Tun Mahathir dijangka akan mengumumkan penumbuhan parti baru, setelah mahkamah pagi tadi mendapati dia bukan lagi Pengerusi PPBM (Bersatu).

Parti baru Mahathir ini dikhabarkan akan dinamakan Parti Bersatu Rakyat Malaysia (PBRM) yang terdiri daripada serpihan ahli-ahli Bersatu di kalangan orang-orang Melayu.

Sebelum ini saya pernah berkata jika kita ingin menyatupadukan orang-orang Melayu, tidak boleh ada banyak parti Melayu.

Sebab jika ada banyak parti Melayu, orang-orang Melayu berkemungkinan besar akan lebih bertelagah dan berpecah belah.

Lebih dua puluh tahun dahulu, Mahathir telah memecahbelahkan orang-orang Melayu dengan penubuhan parti PKR oleh Anwar akibat pergaduhan Mahathir dengan Anwar.

Lima tahun lalu Mahathir telah memecahbelahkan lagi orang-orang Melayu melalui penubuhan parti Bersatu (PPBM) untuk menjatuhkan Dato’ Sri Najib
kerana Najib tidak bantu anak Mahathir iaitu Mukhriz dalam pemilihan UMNO dan Najib tidak mahu bantu kroni-kroni Mahathir untuk menyambung kontrak-kontrak dan konsesi kerajaan yang diperoleh selama berpuluh tahun sebelum itu.

Dan kini Mahathir akan memecahbelahkan lagi orang-orang Melayu dengan penubuhan satu lagi parti Melayu.

Ini tidak akan berhenti sehinggalah anaknya Mukhriz menjadi Perdana Menteri dan kepentingan peribadi dan kroni-kroninya dipenuhi.

Mahathir kini amat layak untuk ditabalkan sebagai “Bapa Pemecahbelah Orang-orang Melayu”.

Dengan perpecahan demi perpecahan akibat penubuhan parti-parti Melayu oleh Mahathir ini, orang-orang Melayu akan menjadi semakin lemah dan bukan sebaliknya.

Dan yang paling untung dan bersorak dengan tindakan Mahathir ini adalah musuh-musuh Melayu dan DAP.

Jika masih ada lagi orang-orang Melayu yang masih tidak sedar dan masih mengikut Mahathir lagi, saya tidak tahu apa nak kata.

Kepada Tun Mahathir dan pengikut-pengikutnya ini, daripada mereka menjadi musuh dalam selimut orang-orang Melayu, mungkin lebih baik mereka terus masuk DAP secara terang-terangan seperti segelintir Melayu DAP yang lain.

Dengan ini mereka tidak perlu bersorok atau berselindung lagi tentang perjuangan sebenar mereka.

Nota: Penulis merupakan Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor dan pandangan beliau tidak semestinya mencerminka pendirian rasmi SuaraTV

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Mujahid Rayu UMNO Sokong Anwar

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan ‘pembelot’ dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Dalam artikel terbaharu bertajuk ‘Membuang...

Muhyiddin Pertimbang Bubar Parlimen Disember 2020

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan pembubaran Parlimen pada Disember 2020 sekiranya Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan November ini gagal mendapat...

ANALISIS: Usaha Bersatu Bunuh UMNO Punca Kegawatan Politik

APA yang berlaku sepanjang minggu ini mungkin boleh menjurus kepada kejatuhan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam beberapa hari lagi, jika pasukan beliau...

Berita Berkaitan

PH Lupa Campur Tangan Mereka Dalam Kes Mahkamah?

Serangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) terhadap keputusan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, untuk tidak mendakwa Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali atas kesalahan...

Memahami Kesukaran Zahid

ADA yang menyifatkan UMNO dibawah pimpinan Datuk Seri Zahid Hamidi cuba bermain politik di tengah-tengah kegawatan Covid-19 yang sedang melanda negara sekarang lanjutan keputusan...

UMNO & PPBM: Nak Selesai Masalah, Perlu Mengaku Ada Masalah

APA yang berlaku antara UMNO dan parti serpihannya mutakhir ini, bukanlah permainan" politik" seperti yang dikatakan ramai orang, tapi ia sebenarnya proses untuk mengenal...