Isteri Guan Eng Didakwa Minggu Depan Berkaitan Pengubahan Wang Haram

- Advertisement -

GEORGE TOWN – Isteri bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Betty Chew, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk membantu siasatan berhubung kaitannya dengan sebuah syarikat swasta, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth Selasa ini.

Chew yang hadir di ibu pejabat SPRM pada 10.45 pagi, ditemani peguam Lee Khai dan adik iparnya, Lim Hui Ying.

Lee berkata, beliau mengiringi anak guamnya ke SPRM pagi tadi untuk merekodkan kenyataan bagi membantu siasatan SPRM mengenai penglibatan beliau dengan sebuah syarikat swasta, Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd.

“Siasatan ini berkaitan perunding perundangan yang beliau tawarkan kepada syarikat dan ia disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

“Dia akan didakwa pada Selasa pagi di Mahkamah Butterworth,” katanya kepada pemberita sebelum meninggalkan pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah, hari ini.

Beliau berkata, Hui Ying tidak terlibat dalam kes itu dan kehadirannya di situ adalah sebagai penjamin. Chew diikat jamin RM50,000.

Bagaimanapun, Lee menafikan siasatan ke atas Chew ada kaitan dengan projek kontroversi terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

“Tidak… tiada kaitan dengan projek terowong dasar laut,” katanya.

Selepas lebih 5 jam, Chew dilihat meninggalkan pejabat SPRM Pulau Pinang pada 4.30 petang diiringi Hui Ying dan Lee.

Terdahulu, Guan Eng didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Guan Eng mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Beliau juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada Isnin dan Selasa ini mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat