Polis Tahan 17 Warga China Terbabit Sindiket Judi

- Advertisement -

Polis menahan 28 individu termasuk 17 warga China yang terbabit dengan sindiket judi dalam talian dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Cheras, Kuala Lumpur, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, hasil maklumat dan risikan, pihaknya menyerbu lokasi terbabit pada 8 malam.

“Ketika serbuan dilakukan, kami mendapati sekumpulan lelaki dan wanita warga China sedang menjalankan urus niaga judi dalam talian menggunakan telefon bimbit dan komputer riba.

“Pemeriksaan mendapati semua suspek berusia 20 hingga 33 tahun adalah pekerja di premis terbabit dan menguruskan kemasukan wang dari pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamad Mokhsein berkata, polis merampas 69 telefon pintar, wang tunai RM20,000, lima unit komputer dan pelbagai peralatan lain digunakan untuk kegiatan perjudian dalam talian.

Beliau berkata, sindiket itu dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak sebulan lalu.

“Semua perhubungan antara pelanggan dan ahli sindiket adalah melalui laman web khas dan sasaran pelanggan adalah dari China.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat