DBKL Sita Gerai Jualan Warga Myanmar Di Wangsa Maju

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Walaupun tindakan penguatkuasaan sudah dilaksanakan di banyak lokasi malah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga beberapa kali mengeluarkan amaran namun peniaga warga asing masih berdegil dengan menjalankan perniagaan secara haram.

Unit Media DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan hasil tindakan penguatkuasaan berterusan dijalankan, pihaknya menyita lima gerai dikendalikan warga Myanmar di sekitar Wangsa Maju hari ini.

Menurut kenyataan itu, kesemua pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) itu didapati melakukan kesalahan di Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai (WPKL) 2016.

“Seramai 11 anggota penguat kuasa terlibat dalam operasi menyita lima gerai yang dikendalikan oleh peniaga warga asing (Mynmar-pemegang kad UNHCR).

“Tindakan diambil kerana kesemua mereka berniaga tanpa lesen. Peralatan dan barangan perniagaan yang dirampas dibawa ke Stor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Cheras,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, DBKL memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perniagaan tanpa kebenaran dijalankan warga asing supaya menghubungi Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1800883255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL yang berhampiran.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat