Lelaki Pakai Topeng Muka Daripada Emas Berharga RM17,000

- Advertisement -

INDIA – Seorang lelaki di India mendakwa menghabiskan wang sebanyak kira-kira AS $ 4,000 (RM17,000) untuk topeng muka emas yang dipesan khas untuk melindunginya dari serangan Covid-19.

Pemilik topeng itu, yang juga merupakan seorang ahli perniagaan memberitahu, alat perlindungan tersebut dibuat khas dengan mengambil masa hingga lapan hari untuk menyiapkannya.

“Ini adalah topeng nipis dan mempunyai liang kecil yang membantu saya bernafas,” kata Shankar kepada AFP.
“Saya tidak pasti sama ada ia akan berkesan untuk melindungi saya dari jangkitan koronavirus tetapi saya mengambil langkah berjaga-jaga lain,” tambahnya.

Ketika keluar, lelaki berusia 49 tahun itu mengatakan bahawa dia suka menghiasi dirinya dengan perhiasan emas seberat satu kilogram, termasuk gelang, kalung dan cincin di setiap jari tangan kanannya.

Kurhade – yang syarikatnya membuat gudang perindustrian – mengatakan dia mendapat idea untuk topeng muka emas setelah melihat laporan media mengenai seorang lelaki yang memakainya yang dibuat dari perak.

India telah mewajibkan topeng muka di tempat awam dalam usaha mengawal penyebaran virus di negara itu, yang mempunyai sekitar 650,000 kes yang disahkan dan lebih dari 18.600 kematian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat