MacBook Air 15.3 inci diperkenalkan bersama cip baharu Mac Studio dan Mac Pro

- Advertisement -

Syarikat teknologi gergasi, Apple memperkenalkan MacBook Air siri baharu dengan cip pemproses M2 bersama saiz 15.3 inci sekali gus menjadikan variasi terkini untuk generasi MacBook Air.

Pada masa sama, Apple turut memperkenalkan generasi baharu Mac Studio serta Mac Pro dengan cip M2 Max serta M2 Ultra untuk memberi naiktaraf prestasi yang terbaik.

Pengenalan itu dibuat ketika WWDC 2023 yang diadakan di ibu pejabat syarikat berkenaan di Cupertino, California, Amerika Syarikat (AS) awal pagi tadi.

Menerusi pengenalan berkenaan, peranti MacBook Air berkenaan dikuasakan dengan cip pemproses generasi terkini daripada Apple dengan saiz ukuran skrin yang diperkemaskan kepada 15.3 inci.

Peranti berkenaan mampu bertahan lebih 18 jam dengan penggunaan paling optimum di samping rekaan peranti itu yang mengekalkan ciri premium dan elegan.

Ia turut dilengkapi dengan enam speaker untuk menghasilkan runut bunyi spatial bersama-sama dengan keupayaan kamera 1080p FaceTime HD bersama-sama dengan pengecas MagSafe.

Naib Presiden Kanan Kejuruteraan Perkakas Apple, John Ternus berkata, Apple sangat teruja untuk memperkenalkan saiz baharu untuk MacBook Air bersama-sama dengan padanan spesifikasi terkini khusus untuk pengalaman yang lebih baik kepada pengguna.

“Pengenalan MacBook Air 15.3 inci itu menjadikan peranti berkenaan adalah paling berkuasa untuk peranti bersaiz berkenaan dan ia mampu untuk menggalas sebarang tugasan kompleks tanpa masalah.

“Paparan Liquid Retina bersama-sama dengan rekaan nipis tanpa kipas sehingga kepada ketahanan bateri menjadikan MacBook Air adalah peranti berkuasa,” katanya.

Rekaan serta padanan spesifikasi baharu untuk MacBook Air itu dengan resolusi tinggi 15.3 inci bersama kadar kecerahan sehingga 500 nits dan menyokong 1 bilion warna menjadikan paparan lebih tajam khusus untuk penyedia kandungan.

Peranti ini berukuran 11.5 milimeter nipis sekali gus menjadikan laptop 15 inci paling nipis yang pernah dicipta di pasaran.

Ujian prestasi yang dilaksanakan menunjukkan bahawa cip M2 mempunyai kepantasan 12 kali lebih baik berbanding dengan MacBook Air yang menggunakan platform Intel.

Perbandingan dengan laptop popular 15 inci yang menggunakan Intel Core i7 juga menunjukkan MacBook Air ini dua kali lebih laju dengan ketahanan bateri yang mengagumkan.

Sementara itu, peranti prestasi kelas tinggi iaitu Mac Studio dan Mac Pro turut diperkenalkan dengan cip baharu.

Mac Studio adalah enam kali lebih pantas daripada iMac yang menggunakan platform Intel dan lebih tiga kali pantas berbanding Mac Studio generasi terdahulu dengan cip M1 Ultra.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat