Malaysia didesak kutuk keras India hina Nabi Muhammad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pejuang Muda mendesak Wisma Putra dan Kerajaan Malaysia menggerakkan tindakan diplomatik sebagai tanda kutukan keras dari Malaysia bagi mempertahankan kesucian kedudukan Nabi Muhammad S.A.W.

Ketua Pejuang Muda, Dr Abu Hafiz Salleh Huddin membidas, ketiadaan sebarang respon rasmi dan segera dari Kerajaan Malaysia setelah beberapa hari isu ini meletus di peringkat antarabangsa adalah sangat mendukacitakan dan memalukan.

“Pejuang Muda mengecam sekeras-kerasnya kenyataan yang dibuat oleh seorang jurucakap rasmi Bharatiya Janata Party (BJP), Nupur
Sharma dalam sebuah wawancara televisyen yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan isteri baginda, Saidatina ‘Aishah R.A.; serta diikuti
dengan tulisan di Twitter oleh Naveen Kumar Jindal, pemimpin BJP Delhi yang menyokong penghinaan tersebut.

“Tindakan mereka yang mewakili BJP adalah perkara yang boleh dijangka dan bukanlah baru. BJP yang menguasai parti pemerintah India dan dipimpin Perdana Menteri, Narendra Modi terkenal dengan beberapa polisi dan kenyataan berterusan yang dilihat sangat anti-Islam di peringkat Pusat dan Negeri,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Abu Hafiz juga memberitahu, negeri-negeri yang dikuasai BJP seperti di Karnataka yang diketuai Ketua Menteri dari BJP, Basavaraj Bommai telah bertindak mengharamkan pemakaian tudung oleh para pelajar Muslimah di kampus dan bangunan pendidikan.

“Sungguhpun tindakan terhadap kedua-dua individu yang terlibat dalam penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W. telah diambil, ia masih belum memuaskan hati banyak negara Islam kerana dianggap tidak bersifat punitif dan mencukupi.

“Qatar, Kuwait, Iran dan beberapa negara lain telah menerbitkan Nota Bantahan Diplomasi dan memanggil Duta India untuk mendapatkan penjelasan terhadap hal tersebut,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat