Sangeeta ikat perut demi Am’ma

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Bagi meraikan Hari Ibu yang bakal disambut esok, syarikat penerbitan Dream At Work Sdn Bhd (DAW) muncul dengan karya hebat iaitu sebuah telefilem berjudul Am’ma yang ditayangkan di saluran RTM, TVOkey, jam 3 petang.

Telefilem arahan pengarah berkaliber Sabri Yunus itu menampilkan pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM 29), Sangeeta Krishnasamy, Kashika Selvam, Angeline Tan dan Armand Ezra.

Penerbitnya, Datuk Muhammad Razlan Ismail berkata, Am’ma asalnya adalah naskhah filem pendek nukilan terbaik daripada Pembangun Kandungan DAW Cik Syazana Ghani.

“Warna kehidupan filem pendek, Am’ma ini amat selari dengan pegangan karya DAW dalam mengangkat kisah-kisah orang kecil masyarakat kita di Malaysia tanpa mengira siapa, warna dan mahupun agama. Filem pendek ini sebaiknya di layar besarkan agar ia sempurna untuk dijiwai oleh seluruh rakyat Malaysia bagi memahami kisah kita dan kisah seorang ibu.

“Idea dan naskhah ini terus dirujuk kepada idolanya yang juga mentor, arkitek seni dan perfileman negara, Sabri Yunus. Menerusi Sabri Yunus, Am’ma diolah dan diadun sempurna bagi menjadikan ia sebagai sebuah karya yang akan turut dingati dan paling penting, dijiwai oleh seluruh masyarakat yang menontonnya,” katanya.

 

 

Menariknya, filem pendek ini juga sudah memenangi anugerah bagi beberapa kategori di pertandingan filem pendek antara universiti di Malaysia dan tersenarai sebagai finalis di FITAWAVE Short Film Awards pada 2019 yang lalu.

Razlan berkata, pihaknya yakin jika Am’ma bakal menjadi naskhah yang diingati.

“DAW juga amat bersyukur apabila pihak RTM menyambut baik telefilem ini melalui proses ‘pitching’ yang diadakan tahun lalu.

“Saluran TVOkey juga bersetuju untuk mengangkat karya ini sebagai sebuah telefilem khas sempena Hari Ibu tahun ini. Am’ma turut dijayakan dengan baik oleh barisan pelakon hebat seperti Sangeeta Krishnasamy, Kashika Selvam, Angeline Tan, Armand Ezra, Bibiana Anthony dan DJ Nen Tebabo.

“DAW menjanjikan Am’ma bakal menjadi naskah yang diminati dan diingati oleh peminat drama tanahair dan seluruh masyarakat Malaysia amnya,” katanya.

Am’ma mengisahkan konflik diantara seorang ibu OKU (pekak dan bisu), Devika lakonan Sangeeta dan anak perempuannya, Anju (Kashika) yang normal. Perhubungan mereka sentiasa tegang akibat masalah komunikasi yang tidak sempurna antara mereka. Namun, secara diam anaknya cuba dalam memahami ibunya dan mempelajari bahasa isyarat. Ibunya secara terangan tetap mencuba mendekati dan memahami jiwa anaknya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat