Tiga syarikat menyeleweng 1MDB kini digunakan untuk mencari dana yang hilang

- Advertisement -

NEW YORK: Tiga syarikat berpangkalan di Pulau British Virgin, yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, telah memfailkan notis bankrupsi di bawah Bab 15 Kod Kemuflisan Amerika Syarikat (AS) di Florida.

Agensi Bloomberg melaporkan, langkah tersebut membolehkan tiga syarikat itu yang nama tidak didedahkan, membawa penghutang asing untuk membawa prosiding ke negeri yang terbabit.

Menurut artikel itu lagi, objektif utama syarikat-syarikat tersebut ialah untuk mendapatkan semula sebahagian daripada ASD8.5 bilion (RM35.86 bilion) dipercayai diseleweng dari 1MDB dan berkemungkinan besar masih ada dalam AS.

“Entiti persisiran luar ini merupakan sebahagian penyelewengan ke atas 1MDB, menurut pemfailan syarikat itu lagi, dengan sebahagian daripadanya diwujudkan khusus untuk menerima dana yang dicuri, atau memindahkan kepada entiti lain.

“Kini entiti tersebut diselia oleh pentadbir yang dilantik oleh kerajaan Malaysia,” menurut artikel itu lagi.

Bloomberg berkata, Bab 15 direka untuk membantu penyelia mendapatkan maklumat daripada mereka yang terlibat dalam perjanjian tersebut dan merampas apa sahaja aset yang berjaya dikesan.

Menurut dokumen mahkamah, penyelia kepada dana berkenaan telah mengenal pasti beberapa individu dan entiti yang terletak di dalam AS, sama ada terlibat atau mempunyai pengetahuan tentang transaksi yang berlaku.

“Sebahagian daripada dana yang hilang telah melalui beberapa entiti di AS, termasuk pengurus pelaburan, pengurus dana, dan beberapa entiti AS yang menyediakan perkhidmatan kepada mereka yang terlibat dalam penyelewengan tersebut,” menurut artikel itu lagi.

Langkah itu dilakukan selepas seorang juri di Brooklyn, New York, akan memutuskan nasib bekas pegawai bank Kumpulan Goldman Sachs Inc, Roger Ng, yang dituduh bersubahat dengan bekas majikannya Tim Leissner dan ahli perniagaan dalam buruan dari Malaysia, Jho Low, untuk menyeleweng dana 1MDB.

Leissner sebelum ini dilaporkan mengaku bersalah dan kini sedang menjadi saksi dalam perbicaraan terhadap Ng, manakala Jho Low sehingga kini masih gagal dikesan.

-ARTIKEL asal Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat