AS bincang dengan Hamas pembebasan tawanan Israel – Trump

- Advertisement -

WASHINGTON- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis mengesahkan bahawa AS sedang mengadakan perbincangan dengan kumpulan Palestin, Hamas berhubung isu tawanan di Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Kami sedang berbincang dengan Hamas. Kami membantu Israel dalam perbincangan itu kerana ia melibatkan tawanan Israel,” kata Trump kepada wartawan di Pejabat Oval.

Terdahulu, Rumah Putih mengesahkan bahawa pentadbiran Trump terlibat dalam perbincangan langsung dengan Hamas, sambil menegaskan ia selari dengan kepentingan AS.

“Kami tidak melakukan apa-apa dalam konteks Hamas. Kami tidak memberikan wang tunai… Namun, rundingan tetap perlu dilakukan. Ada perbezaan antara berunding dan membayar. Saya mahu mereka (tawanan) dibebaskan,” lapor Bernama.

Pada Rabu, Trump memberi amaran kepada Hamas mengenai “akibat buruk” sekiranya kumpulan itu gagal membebaskan semua tawanan Israel dengan segera.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat