Cari ‘jiwa’ di Malaysia

- Advertisement -

BERBEKALKAN wajah kacak kacukan, Aiman Nasir Wynne berhasrat untuk menyemarakkan industri seni tempatan melalui cabang seni lakonan dan bidang pengacaraan.

Biarpun membesar di United Kingdom (UK), Aiman, 24, sentiasa mengamalkan cara hidup Islam sejak kecil. Malah, dia juga berhijrah sebentar ke Kelantan untuk mendalami ajaran Islam dan budaya tradisi Melayu.

Aiman yang kini bernaung di bawah syarikat pengurusan bakat Mask Team ingin serius menceburi bidang seni dan mengambil pendekatan meninggalkan UK demi mengejar cita-cita.

“Saya melihat di sini (Malaysia) mempunyai nilai kekeluargaan yang sangat tinggi. Adik-beradik, mak, ayah dan nenek semua tinggal sekali kalau boleh. Kemudian di Malaysia juga penuh dengan makanan.

“Maksudnya apabila berjumpa kawan-kawan, kita dihidangkan makanan. Mereka sebolehnya memastikan kita tidak lapar.

“Komuniti di sini juga saling menyokong antara satu sama lain. Saya pernah datang ke Malaysia pada usia 16 tahun dan saya suka.

“Kemudian tahun seterusnya saya ke Malaysia lagi dan tinggal di sini kira-kira dua bulan. Apabila berusia 18 tahun, saya terus nekad nak menetap di sini,” katanya.

Aiman memiliki darah campuran UK (ibu) manakala sebelah ayahnya pula dari Pasir Puteh, Kelantan.

Aiman yang ketika ini menetap di Kuala Lumpur mahu mempelajari lebih banyak lagi mengenai budaya Melayu dan orang Malaysia amnya.

“Hasrat untuk berpindah ke Malaysia terpaksa ditangguhkan kerana pandemik Covid-19. Maka, saya tinggal di UK dahulu.

“Jadi, macam mana nak berinteraksi dengan orang Kelantan, tetapi tinggal di UK? Maka saya buat video dan muat naik di Youtube untuk memberitahu betapa saya cintakan Malaysia.

“Sekarang ini saya dalam proses untuk mengenali diri saya. Jadi, saya mohon pada peminat untuk mengajar saya cakap Kelantan kerana saya tak boleh nak belajar sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Aiman bakal muncul dalam program travelog jelajah seluruh Malaysia.

“Insya-Allah, menerusi perancangan daripada pihak pengurusan, saya akan menjelajah ke beberapa negeri di Malaysia untuk mengenali lebih dekat budaya yang ada.

“Tak sabar rasanya hendak meneroka Malaysia kerana dalam masa sama saya mencari separuh jiwa saya”, katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat