‘Seperti gurauan menjadi kenyataan’ – SOG

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Kumpulan SOG tidak pernah menumpukan kepada mana-mana anugerah dan hanya berkarya untuk jiwa, namun tidak menafikan mereka pernah menyimpan impian untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu.

Mereka yang mencipta sejarah menang Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) semalam menerusi lagu Pelukan Angkasa yang dinyanyikan bersama Shila Amzah menghasilkan lagu itu pada 2018.

Penyanyi dan pemain gitarnya, Raja Nazrin Shah berkata, mereka yang dikenali sebagai ‘band indie’ teruja dapat melebarkan sayap ke arus muzik perdana.

“Kami anggap ini rezeki sebab lagu ini dah lama. Tuhan sudah tunjukkan jalan dan ini adalah rezeki besar,” katanya.

Raja Nazrin berkata, mereka juga pernah menyelitkan perkataan ‘AJL’ ketika sesi latihan sebelum lagu ini melangkah ke mana-mana pencalonan.

“Berangan itu ada. Semasa latihan dulu, ada satu bahagian dalam lagu kami sebut ‘AJL!’, tapi tak pernah hantar untuk mana-mana pencalonan.

“Jadi, apabila kami berjaya masuk ke AJL dan menjadi juara, ia macam gurauan yang menjadi kenyataan,” katanya.

Lagu ciptaan Raja Nazrin dan lirik oleh Fazleena Hishamudin itu berjaya membawa pulang hadiah utama wang tunai RM100,000 berserta trofi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat