Banjir Kilat: TNB Tutup Bekalan Elektrik 40 Pencawang Di Sekitar Kuala Lumpur

- Advertisement -

PETALING JAYA – Saluran bekalan elektrik bagi 40 pencawang elektrik di sekitar ibu negara telah ditutup buat sementara waktu, susulan banjir kilat yang melanda sejak petang tadi.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyatakan perkara tersebut dalam satu notis yang dikeluarkan sebentar tadi.

“Susulan hujan dan diikuti banjir kilat di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, pihak TNB telah menutup bekalan di beberapa pencawang bagi memastikan keselamatan para pengguna.

“Usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat,” katanya.

TNB juga memberikan peringatan lebih awal kepada orang ramai berkenaan dengan bekalan elektrik.

“Sekiranya banjir semakin bertambah buruk, berisiko serta membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna setempat.

“Sentiasa waspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir. Simpan dokumen penting di tempat yang selamat. Kesabaran dan keprihatinan anda amat dihargai,” katanya.

Antara lokasi pencawang elektrik yang terlibat adalah Bukit Aman, Hospital Tang Lin, Jabatan Kesihatan Daerah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, The Royale Chulan Hotel dan Pangsapuri Sri Jati.

Ini juga termasuk pencawang di Kompleks Budaya Kraf, Hotel Westin, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Royal Selangor Golf Club, RHB Bank, Bukit Bintang, Ritz Carlton Hotel, Istana Johor Persiaran Stonor, The Ascott, Menara BIMB dan Hotel Impiana KLCC. – Utusan

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat