Beberapa Sungai Di Lembah Klang Lepasi Paras Amaran – NADMA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengesahkan kejadian banjir kilat di beberapa kawasan di Lembah Klang, setakat jam 5 petang ini.

Kawasan dilaporkan dinaiki air sekitar Balai Polis Dang Wangi membabitkan Jalan Sultan Ismail/Jalan Ampang, Jalan Leboh Ampang, Jalan Raja Laut dan Jalan Kia Peng/Jalan Raja Chulan.

Nadma menerusi Facebook hari ini berkata, sungai melepasi paras amaran pula di Sentul-Sungai Batu, Jambatan Sulaiman-Sungai Klang, Lebuh Pasar-Sungai Klang dan Jalan Parlimen-Sungai Gombak, manakala sungai melepasi aras bahaya membabitkan Jalan Tun Razak-Sungai Gombak.

“Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir pada 1.35 tengah hari tadi, di mana hujan lebat dan angin kencang dijangka di Selangor membabitkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Turut terkesan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, selain Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau) serta Melaka (Alor Gajah) sehingga jam 5 petang ini. Amaran dikemas kini pada jam 2.50 petang dan 4 petang,” katanya.

Nadma mengingatkan orang awam supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga, peka dengan keadaan sekeliling dan mengutamakan keselamatan diri ketika banjir berlaku. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat