Apple dijangka perkenal iPhone SE dan iPad Air pada 8 Mac

- Advertisement -

Apple mengumumkan akan mengadakan satu majlis pelancaran khas bertemakan ‘Peek Performance’ pada 8 Mac ini.

Walaupun tidak menjelaskan berhubung produk baharu yang akan diperkenalkan, namun khabar angin menyatakan bahawa Apple akan memperkenalkan iPhone SE, iPad Air dan sekurang-kurangnya satu variasi baharu Mac.

Ini adalah pelancaran pertama untuk Apple bagi 2022 dan tidak banyak maklumat diperoleh, iPhone SE dan iPad Air berkenaan akan menjadi tumpuan utama ketika majlis itu nanti.

Wujud juga kemungkinan bahawa Apple akan memperkenalkan silikon baharu kepada variasi iMac 27 inci keluarannya sekali gus memperkemaskan dengan cip keluaran syarikat brkenaan.

Peminat Apple boleh menyaksikan siaran langsung majlis ‘Peek Performance’ berkenaan pada 9 Mac jam 2 pagi menerusi saluran penstriman rasmi laman web Apple dan saluran YouTube.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat