PSU untuk pengguna kelas prestasi

- Advertisement -

Pengeluar perkakas komputer serta jenama permainan terkemuka, MSI memperluaskan portfolio produknya apabila memperkenalkan bekalan unit kuasa atau PSU untuk set desktop ‘DIY’.

Set desktop yang dibina secara sendiri mengikut pilihan pengguna sudah menjadi trend pada masa kini sekali gus jenama berkenaan mahu memenuhi keperluan pengguna.

Penyeragaman jenama sudah menjadi trend pada masa kini dan MSI mengorak langkah dengan memperkenalkan satu segmen produk baharu iaitu PSU untuk desktop.

MSI kali ini memperkenalkan PSU mereka di pasaran dengan siri MPG GF yang merangkumi bekalan kuasa bermula 650W, 750W dan 850W.

Pengenalan itu juga melengkapkan barisan perkakasan keluaran syarikat berkenaan serta ia dibuat untuk memberi sokongan bekalan kuasa kepada kad grafik baharu Nvidia iaitu siri ‘Ampere’.

Paling mengagumkan apabila siri MPG GF berkenaan didatangkan dengan kefungsian modular penuh dengan pengiktirafan bekalan kuasa 80 Plus Gold untuk kestabilan arus PSU.

PSU siri MPG GF ini didatangkan dengan kabel nipis sekali gus memudahkan pengguna untuk melakukan kemasan di dalam desktop.

MSI memberi jaminan 10 tahun untuk siri PSU MPG GF dan ia dilengkapi dengan kapasitor buatan Jepun keseluruhannya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat