Sistem Perpustakaan Berpusat & Data Dashboard aplikasi IPOLYCC beri manfaat lebih 100 ribu pengguna

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

IPOH – Sistem Perpustakaan Berpusat Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) serta Data Dashboard Aplikasi iPOLYCC bakal memberi manfaat kepada lebih 100 ribu pengguna dalam usaha membudaya digitalisasi di dalam ekosistem POLYCC.

Peluncurannya telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Hj. Muhamad Rumzi Mamat, di Perpustakaan Tan Sri Othman Merican Politeknik Ungku Omar (PUO) , dekat sini pada Isnin.

Turut hadir, Pengarah PUO, Dr. Shamsuri Abdullah.

Muhamad Rumzi berkata, usaha memperkasa transformasi digital sektor pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) adalah selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).

“Sistem Perpustakaan Berpusat POLYCC yang dibangunkan menggunakan sistem sumber terbuka KOHA, adalah langkah strategik ke arah mewujudkan perpustakaan digital bersifat inklusif dan mampan,”katanya.

“Sistem ini bakal memberikan kemudahan carian bahan bacaan, akses kepada repositori kandungan tempatan (local content), serta memperkasakan budaya digitalisasi, ”katanya lagi.

Dalam pada itu, Data Dashboard Aplikasi iPOLYCC turut dilancarkan merupakan perisian terkini pengurusan data secara real-time berkaitan POLYCC yang menyediakan maklumat terkini institusi seperti bilangan pelajar, statistik kakitangan, serta data pengurusan institusi secara komprehensif.

“Sistem ini turut memanfaatkan data dari sistem MYMOHES Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang dikemaskini empat kali setahun.

“Peluncuran kedua-dua sistem ini adalah hasil usaha gigih pelbagai pihak, termasuk Pasukan Petugas ICT JPPKK, pustakawan, staf perpustakaan serta pengurus maklumat POLYCC, ”ujarnya.

“Sistem ini bakal memberi manfaat kepada warga POLYCC dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan serta melestarikan budaya pembelajaran sepanjang hayat.

“Peluncurannya adalah langkah signifikan dalam memperkukuh agenda pendigitalan serta kesediaan POLYCC menghadapi cabaran masa depan dalam memacu kecemerlangan pendidikan teknikal dan vokasional negara, ”ujarnya lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat