“BN, jangan terpedaya dengan mainan politik PN” – AMK

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyeru rakan-rakan dalam Kerajaan Madani, khususnya dari Barisan Nasional (BN) untuk tidak terperdaya dengan sentimen politik yang cuba dimainkan oleh Perikatan Nasional (PN).

Ketua Penerangan AMK Nabil Halimi mengingatkan, bahawa beberapa pemimpin PN yang sebelum ini lantang menyuarakan isu 1MDB, seperti Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Wan Ahmad Faysal Wan Ahmad Kamal, kini mengambil pendekatan bertentangan.

“Perubahan pendirian ini menimbulkan persoalan tentang keikhlasan mereka dan motif di sebaliknya,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Selain itu, Nabil juga menegaskan bahawa kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan BN dalam Kerajaan Madani telah membuahkan hasil yang banyak.

“Ia termasuk peningkatan pelaburan, inflasi yang terkawal, dan pengiktirafan positif terhadap Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Usaha bersama ini perlu diteruskan tanpa digugat oleh permainan sentimen atau taktik politik yang bertujuan menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan.

“Jangan biarkan permainan sentimen seumpama ini memecah-belahkan perpaduan yang telah kita bina demi kesejahteraan negara,” kata Nabil lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat