‘Trending’ Di Netflix, Ini 5 Sebab Utama Drama The Uncanny Counter Jadi Pilihan Penonton

Hishammuddin kenang kepimpinan Onn Jaafar

KUALA LUMPUR- Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengidolakan telasan kepimpinan datuknya, Datuk Onn Jaafar. Onn adalah Pengasas UMNO dan pejuang kemerdekaan Malaya...

Ordinan Darurat: Azalina tolak gesaan UMNO agar bersetuju sidang Parlimen diadakan segera

KUALA LUMPUR: Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said menolak gesaan UMNO supaya Ahli Parlimen parti itu bersetuju agar persidangan Parlimen diadakan...

Ambil vitamin K secukupnya

VITAMIN K nutrien penting yang memainkan peranan untuk pembekuan darah, kesihatan tulang dan jantung. Kajian terkini menunjukkan vitamin K berpotensi membantu merawat penyakit osteoporosis dan...

Cinta Ben Affleck dan Ana terlerai

Los Angeles: Selepas setahun menjalin cinta, aktor Ben Affleck, 48, dan pelakon Ana de Armas, 32, mengejutkan ramai apabila memutuskan untuk berpisah. Punca utama perpisahan...

Datuk Awie dah timang anak keenam

Kuala Lumpur: Penyanyi, pelakon dan penerbit, Datuk Awie selamat menimang cahaya mata keenam pada petang semalam. Perkara ini dizahirkan menerusi status Facebooknya yang dikongsi pada...

Karya terbaharu dari Korea berjudul The Uncanny Counter yang ditayangkan di Netflix ini telah mencuri hati penonton sejak dari awal tayangannya lagi. Pernah meraih rating yang tinggi dari episod pertama, tidak hairanlah jika drama menarik ini kembali trending dan mendapat no.1 di Netflix.

Bagi yang tidak tahu, drama The Uncanny Counter ini merupakan hasil adaptasi dari sebuah webtoon. Membawa kisah sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Counter’ dan bertugas sebagai ghost busters.

Apa yang menarik tentang drama ini adalah, setiap dari mereka mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Tetapi, takkan itu sahaja sebab yang menjadikan drama ini disukai para penonton? Pasti ada sebab lain.

Benar jangkaan anda. Hari ini kami akan senaraikan 5 sebab utama kenapa drama ini menjadi pilihan penonton. Jadi kalau anda ingin tahu apakah sebab-sebabnya, teruskan membaca!

1. Jalan cerita yang unik

e48ee4fa-3b66-11eb-9b80-f4f1a4017c77_image_hires_141215

SUMBER: SCMP

Melihat kepada sinopsis yang diberikan, tentu saja anda terfikir yang drama ini merupakan drama ghost busters yang biasa. Tapi tidak sekali!

Sama seperti drama Korea yang umumnya terkenal dengan kualiti penulisan dan plot-plot cerita yang unik dan kompleks, drama ini turut juga memberikan anda plot cerita yang unik dan tidak menjangkau akal fikiran.

2. Sinematografi yang menarik

AAAABdPwRzlJHYB76paMZOd-yoEUyszxlJEfVWHKBCvlm5Aw_0FuMnswkdo9LEJ7mbj__mEeE63RQwl1rFynIT1UjZCeMoJ7

SUMBER: NETFLIX

Berpandukan genre fantasi, triller dan komedi, drama ini menampilkan adegan berlawan yang mendebarkan serta disajikan lagi dengan sinematografi yang menarik yang pastinya membuatkan penonton turut sama merasakan ketegangan adegan tersebut.

Diarahkan oleh Yoo Sun-dong, direktor yang sudah lama berkecimpung di dalam industri hiburan Korea dan cukup terkenal dengan karya filemnya seperti The Vampire Prosecutor 2, tidak hairanlah kenapa sinematografi buat drama ini sungguh menyenangkan mata.

3. Menyentuh isu sosial

202011291046-main.cropped_1606621605

SUMBER: VOI.ID

Selain dari sajian sinematografi yang menyedapkan mata dan selitan unsur komedi yang boleh membuatkan anda ketawa, drama ini turut juga menyentuh isu-isu sosial yang sering dihadapi oleh warga Korea Selatan dari pelbagai lapisan umur.

Antara contoh isu yang disentuh ialah isu buli di sekolah dan bagaimana faktor kemiskinan menjadi penyebab kenapa sesetengah orang memilih untuk mencuri ataupun membunuh. Meskipun isu tersebut merupakan isu yang umum di sana, ia juga merupakan isu yang sangat dekat dengan kita.

4. Gandingan pelakon yang hebat

sinopsis-drama-the-uncany-counter

SUMBER: SAI

Drama ini dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat seperti Jo Byung-gyu, Yu Jun-sang, Kim Se-jeong dan Yum Hye-ran. Dedikasi dan keserasian pelakon sebagai sebuah kumpulan jelas dilihat di dalam drama ini.

Difahamkan, semua pelakon utama buat drama ini harus belajar seni mempertahankan diri bagi menyiapkan diri kerana drama ini padat dengan adegan aksi dan berlawan. Selain dari itu, Jo Byung-gyu turut juga menurunkan berat badan sebanyak 10kg demi membawa watak So Moon dalam drama ini.

5. Banyak nilai yang boleh dipelajari

body_image_2020113018-1

SUMBER; ERA.ID

Setiap babak yang ditunjuk serta dialog yang diutarakan di dalam drama ini punyai maksudnya sendiri. Nilai persahabatan dan kekeluargaan juga jelas dipaparkan di dalam drama ini.

Difahamkan, Yoo Sun-dung yang merupakan direktor buat drama ini pernah menyatakan bahawa beliau berharap agar drama ini boleh menjadi sebuah escapism buat para penonton pada era pandemik ini. Kata Sun-dung lagi, drama The Uncanny Counter menunjukkan bahawa masih ada lagi manusia yang memilih kebaikan.

Bagi yang belum menonton drama ini, harapnya 5 sebab yang telah disenaraikan ini boleh mengajak anda untuk menontonnya.

Bagi yang sudah menonton, adakah anda tergolong dikalangan mereka yang meminati drama ini atau anda rasa drama ini biasa-biasa sahaja? Kongsikan bersama kami!

The Vocket

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

Ambil vitamin K secukupnya

VITAMIN K nutrien penting yang memainkan peranan untuk pembekuan darah, kesihatan tulang dan jantung. Kajian terkini menunjukkan vitamin K berpotensi membantu merawat penyakit osteoporosis dan...

Cinta Ben Affleck dan Ana terlerai

Los Angeles: Selepas setahun menjalin cinta, aktor Ben Affleck, 48, dan pelakon Ana de Armas, 32, mengejutkan ramai apabila memutuskan untuk berpisah. Punca utama perpisahan...

Datuk Awie dah timang anak keenam

Kuala Lumpur: Penyanyi, pelakon dan penerbit, Datuk Awie selamat menimang cahaya mata keenam pada petang semalam. Perkara ini dizahirkan menerusi status Facebooknya yang dikongsi pada...